Archive for February, 2006

.Net (Resepi)
Kiriman: Nita Yunan
                  

BAHAN-BAHAN

1 Bungkus maggi

2 biji telur gred A

Sosej (ikut suka)

Carrot (dimayang halus)

Cendawan butang (hiris nipis)

Daun sup (dimayang halus)

Bawang besar (dihiris nipis)

CARA-CARA

Celur maggi, ketepikan. Pukul telur

sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot,
daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah
dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti
menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.

CADANGAN HIDANGAN

Makan semasa panas dan boleh dicicah

dengan sos dan mayonis.

Comments No Comments »

TIDAKLAH ALLAH JADIKAN AKU UNTUK KEGAGALAN,PASTI ALLAH CIPTAKAN AKU DENGAN KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN.

Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belumlah banyak,
jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.

CARILAH TEMAN SEBAGAI CERMIN DIRI.BUKAN KAWAN KARIB,BUKAN KAWAN SEMBANG
TETAPI KAWAN YANG TIADA KEPENTINGAN DENGAN KITA.

Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan kalbu dari kotoran hawa nafsu dan amarah hingga jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya Ilahi.

Hati adalah raja diri dan minda adalah permaisurinya

Dalam diri manusia ada seketul daging. Kalau baik daging itu, baiklah seluruh tubuhnya, kalau jahat daging itu, jahatlah seluruh tubuhnya.Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati.

Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya dan kelebihan manusia pada akalnya.

Jadikanlah tekanan sebagai perangsang diri, tanpa tekanan manusia akan lemah,lembik dan layu.

Sesuatu pekerjaan yang dicapai dengan bersusah payah itu lebih lazat hasilnya daripada suatu hasil yang diperoleh dengan mudah.

Bukan semua orang bodoh itu bodoh,sebenarnya dia bodoh kerana membenarkan dirinya untuk menjadi bodoh.

Perubahan yang baik adalah perubahan yang berlaku dari dalam, kerana ianya kekal.Perubahan yang buruk adalah perubahan luaran kerana ianya lakonan.

Jadilah bagaikan burung, yang merasakan rezekeinya di hujung sayap.Jangan jadi seperti bayi yang merasakan rezekinya di hujung suap.

Bagaimana gelap pun suatu malam,sebatang lilin boleh meneranginya.

Yang bernama kawan itu ialah yang berlari selaju-lajunya ke arah kita,sedangkan yang sedia ada berlari selaju-lajunya meninggalkan kita.

Bintang itu bercahaya indah, kerana gelap menyelubunginya.

Fikirkan permusuhan,kita akan dimusuhi.Fikirkan kebencian,kita akan dibenci.Tapi kiranya kita fikirkan kasih sayang, kita akan dikasihi.

"Semua orang hidup adalah tidur,bila mati baru terjaga."Kata-kata Syaidina Ali.Fikir-fikirkanlah….

Comments No Comments »

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman
merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering
di
tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya
kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk
kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di

padang


pasir yang tandus ini
ada
rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai
semut,
berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan
banyak
mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas
dengan
sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi
hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman
menemplak
semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu
makan
sebiji
gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada
di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu
datangnya
daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu
masukkan
aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku
tak
percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya
tahan dua
bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek
kubur
orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila
ada
orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.
Tetapi
yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk
tanam

mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik
kerumah
dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur
untuk
korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar
Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100
kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya
Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja
yang
mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah
beralih ke
belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat
Islam
yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya
bahawa
rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan
dengan
SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah
iman
semut lebih kuat dari iman
manusia.

p/s: Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga engkau, engkau
menjaga
harta, ilmu menjadi hakim, harta dihakimi. Harta berkurangan apabila
dibelanjakan, ilmu akan bertambah apabila di belanjakan..

Comments No Comments »

Tahu Kekuatan dan Kelemahan Diri

Cuba kenal
pasti kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kita. Gunakan kelebihan
yang kita ketahui pada diri secara maksimum bagi menawan hatinya.
Jangan pendam kelebihan yang ada pada diri kita. Dia pasti
menghargainya. Kurangkan kelemahan diri dan sembunyikannya daripada
diketahui orang lain.  Unik adalah daya tarikan
Setiap manusia itu mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Tidak ada
seorang pun antara kita yang mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang
sama. Pasti ada perbezaan walaupun sedikit. Sebenarnya, keunikan ini
yang menarik perhatian dia kepada diri kita.

Contohnya, semasa kita dan rakan-rakan berada bersama dia dalam sebuah
majlis dan kita masih belum lagi mengenali dirinya, peluang untuk kita
menarik perhatiannya cerah apabila kita mempunyai keunikan tersendiri
seperti sifat kelakar kita yang pasti membuat rakan-rakan kita ketawa.


Kenali kekuatan diri

Penting bagi individu itu mengenali dirinya serta kualiti dan kekuatan
yang dimiliki. Ia bagi memastikan dirinya berjaya menghadapi sebarang
dugaan hidup serta cabaran mendatang. Kekuatan yang dimiliki adalah
aset penting yang bakal memajukan dirinya dan memberikan ‘kuasa’ pada
personalitinya.

Cuba tenangkan diri sekarang ini. Ambil kerusi dan duduk di hadapan
cermin bilik. Tanya pada diri, “Apa kekuatan yang aku ada dalam diri
sekarang ini?”, “Apa yang menyebabkan orang lain tertarik kepada aku?”,
“Aku ini seorang yang sentimental kah?”.

Selepas kita mengenali beberapa kekuatan yang ada pada diri kita, ambil
sebatang pen dan catatkan di atas sehelai kertas. Tampal di tempat yang
selalu kita lihat. Pastikan tulisan yang ditulis dapat dibaca dengan
jelas. Bacalah setiap hari perkataan yang terdapat pada kertas itu.
Semoga kekuatan itu melekat dalam kotak fikiran dan kita menjadi lebih
yakin untuk berada di khalayak ramai.


Kenali kelemahan diri

Sekali lagi, duduk di hadapan cermin. Ambil lagi beberapa minit untuk
bertanya pada diri kita. “Apa keburukan diri aku sebenarnya?”, “Apa
kelemahan diri aku ya?”, “Rasanya kenapa orang tak berapa suka pada aku
ha?”. Kemudian tuliskan kelemahan diri kita pada sehelai kertas dan
tampal bersebelahan kertas yang ditulis kekuatan yang kita miliki.

Sebagai contoh, jika kita orang yang tidak mempunyai keyakinan diri
kerana tidak cantik ataupun kacak, tuliskan maklumat ini di atas kertas
itu. Dengan cara ini, kita akan sedar kelemahan diri dan berusaha
memperbaiki kekurangan itu.


Tonjolkan kekuatan diri

Sudahkah kita tersedar daripada lena yang panjang? Sedarkah kita yang
kita mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain? Bukankah
kita dapat mengeksploitasi kekuatan yang kita miliki bagi menawan
hatinya? Sebenarnya, kadang-kadang kita tidak mengetahui kita memiliki
kelebihan itu sehingga diberitahu kita memilikinya.

Contohnya, kita adalah orang yang mudah berbual dengan sesiapa sahaja
dan kita tidak menyedari sifat peramah ini adalah kekuatan yang kita
miliki. Kita hanya mengetahuinya selepas rakan memberitahu yang kita
sangat peramah. Tidak ramai yang memiliki kemahiran itu. Jadi, gunakan
kelebihan yang kita ketahui pada diri dan gunakan secara maksimum bagi
mendapatkan hatinya. Tonjolkan kekuatan yang kita miliki.


Kurangkan kelemahan diri

Apabila kita sudah menyedari kelemahan diri, gunakan minda serta akal
fikiran bagi menyembunyikannya daripada dapat dihidu oleh orang lain.
Cuba kurangkan semua kelemahan yang diketahui ataupun yang baru dikenal
pasti pada diri kita. Contohnya, jika kita berasa diri tidak cantik
daripada segi fizikal, cuba cari kecantikan dari dalam diri kita
seperti kecantikan personaliti yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Kita perlu ingat, orang yang rasa dirinya hodoh sukar men-dapat
pasangan. Ini kerana, mereka langsung tidak mempunyai keyakinan diri
sendiri apatah lagi keyakinan pada pasangannya. Jalan terbaik adalah
cuba cari kecantikan yang ada dalam diri dan hati sanubari dan kita
mesti membentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang
tinggi menyerlahkan kecantikan kita.


Memaksimumkan pengetahuan

Untuk jadi lebih menawan, kita perlu belajar cara membina perhubungan
dan cara mengekalkannya di samping cara memikat bakal pasangan. Kita
juga perlu terus belajar, memperbaiki perangai dan peribadi, membaiki
ke-mahiran komunikasi, memurnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka
baik. Perlu ingat bahawa wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin
diri.

Bagi perempuan yang sedang memikat pasangannya, mereka perlu
mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti
minat dalam politik, sukan, memancing dan aktiviti-aktiviti lain.
Selain itu, kita perlu mencari bakal pasangan yang setara dan sepadan
dengan kita. Ini kerana ramai pasangan sengsara apabila kekasih terlalu
cantik ataupun terlalu kacak. Istilah yang sesuai adalah sekufu. Oleh
itu, carilah yang sekufu dengan kita.

Comments 1 Comment »

Kenali Si Dia

Perempuan
membentuk hubungan cinta dengan berbual dan bercakap manakala lelaki
membentuk hubungan cinta dengan melakukan kegiatan secara bersama. Oleh
itu, lelaki perlu banyak bercakap dengan bakal pasangan mereka dan
perempuan perlu lakukan aktiviti secara bersama dengan bakal kekasihnya.

 
Kenali dirinya
Sebelum benar-benar bertekad memilih dia menjadi buah hati kita,
pastikan kita mengenali sedikit sebanyak siapa dirinya dahulu. Manalah
tahu, takut tidak sesuai pula. Kalau boleh tanyalah berkaitan dengan
dirinya bermula dengan perkara yang umum sebelum bertanyakan per-kara
yang peribadi. Kalau kita terus sahaja bertanyakan hal-hal peribadi,
ini mungkin membuatkan dia terkejut dan berasa tidak selesa dengan
soalan yang diajukan.

Tanya soalan mudah
Cuba tanya soalan-soalan yang ringkas tanpa menyuruh dia berkerut dahi
menjawabnya. Perlu diingatkan, perempuan membentuk hubungan cinta
dengan berbual dan bercakap. Manakala lelaki membentuk hubungan cinta
dengan melakukan kegiatan bersama. Jadi, bagi menarik perhatian
perempuan, lelaki perlu banyakkan bercakap dengan mereka.

Bagi menarik perhatian lelaki pula, perempuan perlu melakukan aktiviti
secara bersama. Sebelum benar-benar rapat, perempuan perlu elakkan diri
daripada bertanya perasaan bakal pasangan mengenai suatu perkara,
peristiwa ataupun situasi. Contoh-contoh soalan yang boleh kita tanya
adalah:

Anak ke berapa?
Mungkin bagi dia soalan ini biasa sahaja tetapi sebenarnya kita boleh
mengetahui sifat dan personalitinya melalui urutan kedudukannya dalam
bilangan adik-beradik. Setiap urutan kedudukan itu membawa personaliti
tersendiri. Contohnya, jika dia anak sulung, dia mempunyai prinsip
tersendiri serta tetap dengan pendiriannya. Perbincangan ini akan
dikupas lebih lanjut dalam bab lima.

Kerja apa?


Tanyalah dia di mana dia bekerja sekarang. Mungkin ini memudahkan kita
berjumpa dengannya kelak. Kalau kita hendak mengetahui aktivitinya
seharian, boleh juga kita melawatnya di tempat kerja. Katakan yang kita
ingin berjalan-jalan di situ dan berjumpa rakan kita yang lain.

Siapa ahli keluarganya?
Jangan lupa kenali siapa ahli keluarganya, jumlah adik beradik,
bilangan adik-beradik lelaki, bilangan adik-beradik perempuan serta
sifat dan personaliti mereka. Ini membantu kita mengenalinya dengan
lebih dekat lagi. Apabila sudah mengenalinya dengan lebih rapat dan
maklumat dirinya juga sudah bertambah, barulah timbul keyakinan dalam
diri bagi meneruskan perancangan yang diatur.

Tinggal di mana?


Cuba tanya di mana rumahnya. Kalau boleh, minta sekali alamat rumahnya.
Ini penting supaya dapat memudahkan kita meng-hantar surat, hadiah, kad
ucapan salam perkenalan dan sebagainya yang dirasakan perlu bagi
merapat-kan lagi hubungan persahabatan dengannya.

Satu ataupun dua hari selepas perkenalan kita dengan dia, hantarlah kad
ucapan salam perkenalan dan nyatakan di dalam kad itu yang dia adalah
individu yang begitu ceria dan mesra dan kita belum pernah berjumpa
lagi dengan orang sepertinya. Pasti dia menghargai diri kita yang
memujinya.

Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik
kita kepadanya. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan
berbanding pujian daripada kawan lama. Paling penting adalah keikhlasan
semasa memujinya. Jangan berlebih-lebihan dan keterlaluan. Apabila kita
didapati berbohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

Comments 1 Comment »

Model Kefasilitatoran yang Lebih Baik

 

Fungsi istimewa
seseorang fasilitator itu adalah sebagai pencabar yang memberi cadangan
kepada kumpulan dengan mencuba kebijaksanaan mereka bagi mencapai
kejayaan dan dengan memberikan sepenuh tanggungjawab kepada peserta. 
Model bagi fasilitasi yang lebih baik bertujuan membolehkan:

1. Kumpulan mengadakan perbincangan secara terbuka dan mendalam bagi mendapatkan sesuatu keputusan.

2. Fasilitator membantu kumpulan mengurus elemen dan sub-elemen dalam
‘The model For Successful Learning’. Fasilitator selalu menggunakan
model ini sebagai rujukan mereka memahami apa yang perlu dilakukan oleh
kumpulan semasa mahu mencari keputusan yang baik.

3. Fasilitator membantu kumpulan mencapai matlamat menggunakan
penilaian dan maklum balas bagi mengawasi bagaimana perbincangan
dijalankan dan bagaimana memperbaikinya.

4. Fasilitator menggunakan komunikasi yang berkesan dan membantu
kumpulan memperbaikinya dengan menggunakan model-model komunikasi yang
berkesan.

5. Fasilitator akan hanya campur tangan dalam keadaan perlu, fungsi
yang utama adalah memudah cara. Kenyataan ini bermaksud fasilitator
membantu kumpulan menguruskan kumpulannya daripada segi potensi,
persembahan atau kaedah interaksi mereka. Fungsi istimewa seseorang
fasilitator itu adalah sebagai pencabar yang memberi cadangan kepada
kumpulan dengan mencuba kebijaksanaan mereka bagi mencapai kejayaan dan
dengan memberikan sepenuh tanggungjawab kepada peserta.

Fasilitator memberi bantuan kepada kumpulan peserta sehingga berjaya
menyelesaikan masalah dengan memberikan cadangan. Fasilitator juga
membantu kumpulan menggunakan alatan yang pelbagai bagi memperkayakan
kaedah mencari jawapan kepada persoalan atau masalah maklumat serta
membimbing membuat keputusan sehingga memahami cara menyelesaikan
masalah secara kumpulan.


Dipetik daripada:
Bab 11 buku Panduan Menjadi Fasilitator Efektif

Fasilitator adalah orienter, iaitu mendefinisikan kedudukan kumpulan dan matlamat kumpulan dalam membuat kesimpulan serta mengenal pasti jarak antara kedudukannya dengan matlamat yang dituju. 
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan menggerakkan kumpulan LDK seorang fasilitator bersama kumpulannya mestilah dapat melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. Menawarkan cetusan idea, iaitu mereka akan mengemukakan cadangan yang baru kepada kumpulan.

2. Pencari Maklumat, iaitu mereka akan mencari maklumat masing-masing yang boleh dipercayai seperti fakta yang boleh digunakan oleh kumpulan dalam menyelesaikan masalah.

3. Pencari Pendapat, iaitu mencari penilaian yang berkaitan atas cadangan berkaitan yang dianggap penting.

4. Pemberi Maklumat iaitu, memberi maklumat yang benar atau berkaitan dengan pengalaman peribadi yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.

5. Pemberi Cadangan, iaitu memberi cadangan yang bernilai dan berkaitan di mana dirasakan oleh peserta ia boleh dijadikan pandangan kumpulan.

6. Pentafsir, iaitu sebagai fasilitator yang meneroka makna dan penghuraian kepada pandangan dan cadangan yang diberi.

7. Penyelaras, iaitu sebagai penggabung antara cadangan dan pandangan serta menyatupadukan kumpulan.

8. Orienter, iaitu mendefinisikan kedudukan kumpulan dan matlamat kumpulan dalam membuat kesimpulan serta mengenal pasti jarak antara kedudukannya dengan matlamat yang dituju.

9. Penilai, iaitu menilai kebenaran, kesesuaian dan kegunaan sesuatu cadangan.

10. Pembekal Tenaga, iaitu orang yang membuat sesuatu bagi membolehkan kumpulan bertindak atau membuat keputusan dan mengerakkan kumpulan kepada aktiviti yang lebih baik atau ke taraf yang lebih tinggi.

11. Juru Teknik Prosedur, iaitu menunjukkan tugas biasa atau menentukan suasana yang selesa untuk berkumpul dan berbincang.

12. Pencatat, menulis dengan ringkas, tepat dan padat segala cadangan dan pandangan yang terhasil dalam perbincangan untuk dijadikan diari atau carta kerja kumpulan. Fasilitator akan menggunakan catatan ini untuk membuat rumusan dan kesimpulan.

Dengan peranan-peranan yang tercatat di atas kumpulan dan fasilitator harus ada dalam suatu ikatan yang kukuh dengan matlamat memperkukuh kumpulan supaya menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Dipetik daripada: Bab 15 buku Panduan Menjadi Fasilitator Efektif 

Comments No Comments »

Mengurus kesunyian perlukan pedoman agama

Oleh DR. SIDEK BABA

AMIR Hamzah, seorang penyair terkenal, menyebutkan sunyi dalam
rangkap bait puisinya, “Sunyi itu duka, sunyi itu kudus. Sunyi itu
luka, sunyi itu lampus.” Dalam bahasa yang mudah kesunyian adalah suatu
keadaan yang menyebabkan jiwa dan hati rasa terasing. Ia boleh
menyebabkan manusia digigit resah dan dipaut pasrah. Daripadanya
kedukaan menghimpit.

Sunyi itu juga boleh membawa keadaan yang tenang. Ketenangan boleh
menyebabkan manusia melihat ke dalam diri dan mencari kekuatan. Bagi
ahli ibadah, bangun tengah malam dalam suasana sunyi mendekatkan
dirinya dengan Allah s.w.t.. Lahir kekudusan yang amat dalam dan
manusia berasa jiwa kehambaan yang amat tinggi.

Sunyi juga boleh mengheret insan berasa tertekan. Dirinya semacam
rasa tidak dikasihi dan mengasihi. Terasa yang amat sangat dirinya
seolah-olah ditinggalkan dan hidup dalam keterasingan. Keadaan tertekan
menyebabkan hati jadi luka. Dan dalam kelukaan yang parah hati
kehilangan rasa dan akhirnya menjadi rosak ataupun lampus. Ia merasakan
semalam yang berlalu penuh dengan kesunyian dan apabila besok menjelang
kesunyian menjadi teman hidupnya.

Mengurus kesunyian bukanlah suatu hal yang mudah. Remaja yang
hatinya ceria amat suka berkawan. Kawanlah menjadi tempat berbual,
berbincang, mengadu dan meminta nasihat. Tanpa kawan, remaja akan
sunyi. Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam. Kesunyian tidak
hanya berlaku kepada remaja.

Ia berlaku kepada semua peringkat kehidupan manusia. Seorang lelaki
yang kematian isteri yang disayang akan berasa sunyi yang amat sangat
apabila ketiadaan isteri di sisinya lagi. Seorang anak yang kehilangan
ibu dan ayah juga merasakan kesunyian yang luar biasa.

Seorang tua yang berumur dan tinggal seorang diri merasakan
perjalanan hidup yang sunyi dan menggigit. Kawan berbual tidak ada.
Masalah diri ditanggung sendiri. Simpati yang diharap tak kunjung
datang. Akhirnya menangisi nasib dalam duka yang berpanjangan.

Cabaran dan godaan juga sering datang pada waktu sunyi. Manusia
mempunyai nafsu dan naluri. Kesunyian yang tidak terpandu boleh
menyebabkan manusia melayani bisikan syaitan dan iblis. Mengisi
kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong
seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran. Seseorang boleh lupa
kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah s.w.t. kerana
kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah.

Mengurus kesunyian memerlukan pedoman. Bagi remaja, naluri berkawan
adalah dorongan yang utama dalam hidup. Remaja memerlukan kawan untuk
berbual, bertukar-tukar pandangan, memohon nasihat, berkongsi perasaan
dan masalah. Remaja memerlukan kawan supaya tidak berasa sunyi. Ada
ketikanya kawan yang didampingi adalah kawan yang baik dan ada ketika
bertemu dengan kawan yang sebaliknya.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya
menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja
hari ini. Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok dan salah
guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di
samping keinginan mencuba. Pengaruh rakan sebaya besar kesannya
mempengaruhi hidup seorang remaja.

Sahabat

Dalam memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan
yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian tetapi menjadi
sahabat pada waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat
berbual perkara-perkara yang berfaedah, memberi dan menerima nasihat
yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi
manfaat. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu batas benar dan salah
dan sekiranya remaja terlanjur atau terlajak, ia akan menasihatinya.

Remaja yang menjalani rutin hidup jangan dibelenggu oleh suasana
kesunyian. Ada ketikanya remaja perlukan kesunyian untuk mencari
kekuatan dan menumpukan perhatian kepada sesuatu. Menelaah dan
mengulangkaji bahan-bahan pelajaran tentunya memerlukan suasana yang
tidak bising dan mengganggu.
 

Ada ketikanya remaja memang suka mengurung diri dalam bilik dan
tidak ingin diganggu. Tetapi suasana sunyi akan bertukar menjadi beban
dalam hidup apabila remaja mula berasa sunyi. Sunyi adalah membosankan
dan sunyi perlu diisi dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

Bagi remaja yang dirundung suasana sunyi, perasaan menjadi sunyi dan
hati juga menjadi sunyi. Jiwa terasing mula dirasakan. Remaja tidak
tahu hendak berbuat apa-apa. Akhirnya apa yang tergerak itulah yang
dilakukan. Kadang-kadang yang dilakukan adalah sesuatu yang salah dan
tidak bermanfaat.
 

Merokok dianggap sebagai teman mengisi kesunyian. Menonton
bahan-bahan lucah boleh mengisi cita rasa mengatasi kesunyian. Akhirnya
amalan sebegini menimbulkan ketagihan dan remaja ingin terus
melakukannya lagi tanpa pengetahuan orang lain.

Bila kesunyian boleh mendorong remaja melakukan kegiatan negatif,
remaja harus bijak mengurus saat-saat sebegitu. Langkah pertama yang
boleh dilakukan ialah berhubung dengan kawan-kawan yang baik dan boleh
dipercayai supaya perbualan dapat berlaku, pertemuan dapat berjalan dan
pertukaran pendapat mengambil tempat.
 

Adanya teknologi canggih seperti komputer boleh digunakan untuk
melakukan chit-chatting yang berfaedah, melayari Internet dan laman web
yang memberi maklumat dan ilmu yang berguna. Seterusnya remaja harus
memiliki hobi seperti membaca, bermain dan bersukan bila melalui
masa-masa lapang dan tidak membiarkan kesunyian membelenggu hingga
menyebabkan remaja menjadi resah dan kehilangan arah.

Komunikasi dengan ibu bapa, adik-beradik adalah langkah terbaik
bagaimana kehidupan di rumah berlaku dengan riang dan ceria. Sekiranya
komunikasi dalam keluarga dapat berlaku secara baik, ia secara jangka
panjang akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, ada perasaan ambil tahu
dan saling berkongsi di kalangan anggota keluarga dan menyebabkan
hubungan sekeluarga menjadi rapat dan erat.

Apa sahaja masalah yang dilalui oleh remaja boleh ditanya dan
dikongsikan dengan ibu bapa. Ibu bapa adalah lambang contoh yang
mendidik para remaja dan ibu bapa adalah tempat mengadu daripada
masalah dan penyelesai kepada kebuntuan yang dihadapi. Ibu bapa adalah
orang yang selalunya bersifat jujur dan sayang kepada anak-anaknya.
Sifat ini harus dimanfaatkan oleh remaja supaya masalah yang dihadapi
dapat diatasi dengan bijaksana.

Remaja Islam yang baik boleh mengurus kesunyian dengan baik juga.
Masa terluang akan diisi dengan kegiatan yang memberi faedah. Ada
ketikanya remaja Islam perlukan orang lain sebagai teman berbicara. Ada
ketikanya remaja Islam perlukan suasana yang sunyi dan tenang untuk
melakukan komunikasi dengan Pencipta.

Solat merupakan jalan terbaik bagaimana komunikasi dengan Allah
s.w.t. dapat berlaku. Remaja akan melakukan rukuk dan sujud untuk
membina jiwa kehambaan yang tinggi. Daripada jiwa kehambaan yang tinggi
menerusi amalan membentuk hati, iman dan takwa menyebabkan remaja takut
melakukan perlanggaran dalam syariat Allah.

Remaja akan berasa insaf apa saja yang dilakukan dalam hidup tidak
akan terlepas daripada pemerhatian Allah. Remaja akan merasakan bahawa
hidup yang berkat adalah di bawah keredaan Allah.

Remaja yang bertakwa adalah remaja yang sering merasakan bahawa
dalam melakukan apa-apa terutama pada waktu sunyi, remaja akan sentiasa
conscious ataupun ingat bahawa Allah ada di mana-mana. Sesetengah
remaja apabila tidak berada di depan ibu bapa atau orang yang
diseganinya akan melakukan sesuatu di luar batasan terutama pada waktu
dalam kesunyian.

Jangan biarkan kesunyian membelenggu hingga sunyi menggigit hati dan
mencengkam rasa dan menyebabkan jalan keluarnya ialah melakukan
perlanggaran yang membawa akibat buruk kepada diri remaja. Jadilah
remaja yang sentiasa ingat kepada Allah, tahu batasan dan larangan-Nya
dan sentiasa patuh dengan ajaran-Nya.

Isilah masa dengan kegiatan yang berfaedah, tingkatkan ilmu dan
pengetahuan supaya remaja merasakan sunyi adalah teman, sunyi adalah
ruang mencari kekuatan dan sunyi menjadikan remaja orang-orang sentiasa
berfikir mengenai kebaikan dan dapat menghindarkan diri daripada
terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

- PROFESOR DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Comments No Comments »

Pengantin 1
Tajuk: Lelaki bagaimanakah yang anda mahukan
Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri ?neraka dunia?.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1. Bagaimana agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.

Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.

2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.

Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.

4. Bagaimana keluarga melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5. Siapa sahabatnya
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.

6. Apakah kegiatan hidupnya
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.

Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.

7. Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

8. Semaklah dirinya berpandukan Formula 3E
Ada 3 pecahan daripada Formula 3E yang boleh anda suaikan dengan peribadi dan perwatakannya.

i. Lihat sifat-sifat semula jadi serta perwatakan (negatif dan positif) melalui bulan kelahirannya. Misalnya jika dia dilahirkan pada bulan Mac, biasanya (tak wajib betul harus salah) dia seorang yang mudah merajuk, seorang perasa, baik, sensitif, romantik, tahu membalas jasa, bijak, boleh menyelesaikan masalah orang, penyayang serta setia apabila bercinta. Negatifnya dia seorang yang suka berangan-angan dan kadang-kadang sangat pemalas.

Pengetahuan anda terhadap perwatakan-perwatakan sebegini memudahkan anda mengenali sifat-sifatnya. Rumah tangga akan lebih mudah dilayari dalam keadaan anda mengetahui perwatakan ?kapten?. (Anda boleh memesan formula ini dengan harga RM10 senaskhah. Sila hantar cek, money order bernilai RM20, nyatakan bulan kelahiran anda berdua, kepada 3E, A-16-6, Menara Menjalara, Jalan 1/62B, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan telefon 03-62735703. Jangan lupa catatkan nombor telefon dan alamat anda).

ii. Lihat tarikh lahirnya dan buat kiraan tertentu. Setiap angka dari 1 hingga 9 boleh menerangkan wawasannya. Kita boleh membaca fikiran orang sekiranya kita tahu angka peribadinya. (Jika anda memesan Formula 3E secara lengkap mengandungi 12 helai bernilai RM120, anda berhak menerima kiraan percuma dan akan diposkan bersama pesanan anda. Sila nyatakan tarikh lahir anda dan pasangan anda dengan jelas).

iii. Kenali warna kegemarannya dan dapatkan definisinya. (Definisi ini juga akan diberikan secara percuma sekiranya anda membuat pesanan lengkap 12 helai seperti di atas. Jangan lupa nyatakan warna kegemaran anda dan juga lelaki anda itu).

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.

Anda mampu mengubahnya.

Comments No Comments »

Ada sebuah kisah tentang cinta yang
sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mula menguning, burung-burung gurun
enggan mengepakkan sayapnya.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas
memberikan khutbah, “Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah
dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan
dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai
sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,
akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan
mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya
naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang
dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat
kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan
cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika
turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir
di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi,
tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya,
Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan
membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar
pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya
masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah,
ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup
pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka
mata dan bertanya kepada Fatimah. “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur
Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan
yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan
sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat
maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah
menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian
dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia
menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan
apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang
amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,”kata
Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega. Matanya
masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”Tanya
Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan
khuatir wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad
telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail
melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampaknya seluruh
tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril,
betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah
terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?” Tanya Rasullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. “Siapakah
yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit ynag tidak
tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini. Timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah semakin
dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar
seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malaakat aimanuku, peliharalah shalat
dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis
mulai bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinga ke bibir Rasulullah
yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii,..-Umatku, umatku,
umatku..” dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
 

Comments No Comments »

Segala puja dan puji itu hanya milikmu
wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan
petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para
sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman.
Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan
baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu
pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan
tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui
apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan
pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh
kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau
adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan.
Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya
melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan
telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau
sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang
telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan
segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan
mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan
dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik
yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan,
sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala
baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah
imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah
dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di
syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku
perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui
segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya
kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat
sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang
telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa
dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah
meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang
dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia
cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala
kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya
kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.
Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah
hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan
jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku
bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Comments No Comments »