oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa -Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih."

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada
memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci
hati juga menenangkan jiwa,  penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X. 

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa
meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positi - Jangan sesekali mengkritik,
kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan
lah  "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik
pada waktu malam
sebelum tidur,  senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah
cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif."
Menurut kajian
saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH
!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam
berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak
melakukan sesuatu kejahatan,  tidak sampai hati kerana bimbang akan mati
bila-bila masa)
 
10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang
subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb),
jangan dengar orang mengumpat.

Leave a Reply