Archive for May, 2006

Berikut adalah catatan yang memenangi Catatan Terbaik 2003. Ditebitkan semula dengan ehsan Fajar (http://www.fajaronline.com):

"Dari ruang dapur,
teradun ramuan kasih sayang,
mencipta aroma bahagia,
hingga ke akhir hayat…"

"Ala, sup kaki ayam lagi ke mak?", getus hati lalu terlafaz di bibir. Semalam sup kaki ayam. Hari ini pun sup kaki ayam. Tiba-tiba hilang selera makan. Entah apa silapnya, aku terus bangun dan letakkan pinggan semula. Terlalu ikut rasa muda yang mengada-ngada. Padahal, aku patut bersyukur sahaja dengan rezeki yang terhidang di depan mata.

"Tak makan ke?", tegur mak. Namun, tiada kata yang terucap. Mungkin dia rasa serba salah. Mungkin juga kecil hati. Dia hanya terdiam. Baginya sup kaki ayam itulah yang menjadi kegemaran suami.

Sejenak, terbetik rasa bersalah dan menyesal tidak terkira. Kurang ajar sungguh aku. Setidak-tidaknya, tak perlulah mulut ini gatal-gatal menyuarakan butir-butir kata sebegitu. Rasa terkilan menyelubungi seluruh jiwa. Aku terbawa-bawa rasa penat dan tekanan bekerja. Satu kesilapan yang cukup nyata. Lama juga aku terdiam menelan rasa. Tidak terlintas di hati untuk melukai hati seorang ibu. Keterlanjuran yang membawa kekesalan yang cukup mendalam. Mencairkan batas-batas keegoan lalu membasahi bibit-bibit peristiwa. Ianya berulang-ulang bagaikan wayang gambar. Ah…, hati ini mengeluh berat sekali.

Esoknya, apabila aku pulang ke rumah, seperti biasa aku menjenguk ke dapur. Perut ini manja dan sering memanggil untuk diisi dek kelaparan. Aku buka tudung saji. Aku nampak lauk itu - sup kaki ayam. Aku terdiam. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ini adalah rezeki dan juadah yang bisa mengenyangkan.

Syukur, bisik hati kecil aku. Apa salahnya kalau aku mengalah hanya kerana perkara yang sekecil ini?

"Eh, mak dah simpankan lauk kat mangkuk yang ada tutup tu untuk kau. Makan ye", jerit mak dari luar rumah.

Lauk untuk aku? Sekilas pandang aku terlihat sebuah mangkuk berwarna putih tertutup di tepi tudung saji. Aku terkedu sebaik sahaja melihat isi di dalamnya. Sup ayam. Bukan terisi dengan kaki-kaki ayam, tapi bahagian-bahagian ayam yang lain seperti kepak dan peha ayam. Sebak menusuk ke dada. Terasa seperti mahu mengalir air mata. Hingga sebegini sekali ingatan mak untuk aku.

Terlintas kembali peristiwa semalam, hanya kerana aku tak mahu makan kerana sup kaki ayam. Dan hari ini, aku disediakan khas sup yang terisi dengan bahagian ayam yang lain, selain dari kaki ayam.

Sebenarnya, aku bukanlah orang yang cerewet dengan soal makanan. Asalkan ianya mengenyangkan, syukur. Cuma hari itu, aku terbawa-bawa perasaan yang remeh ke rumah. Mujur juga hati mak tak kecil hati. Atau mungkin juga hatinya tersentuh dengan gelagat aku, lalu diubatinya dengan menyediakan bahagian khas dalam sup kaki ayam itu. Kesannya bukan sedikit, seolah-olah rasa sup ayam itu laksana kasih yang mengalir ke dalam tubuh aku.

Perlahan-lahan mengalir ke liang-liang darah bersama sayang insan yang bernama ibu. Nescaya, hinalah aku kalau aku sengaja menidakkan rasa syukur dan terima kasih ini kepadanya.

Sejak hari itu, setiap kali sup kaki ayam terhidang, pasti akan ada bahagian khas untuk aku. Kadangkala, aku rasa bersalah kerana di’istimewa’kan sebegitu. Aku tak berhak untuk menerimanya, hanya kerana kesilapan pada hari itu. Kalau boleh, aku mahu cakap, "tak payahlah mak..". Tapi, aku rasa khuatir kalau-kalau aku menyentuh hati mak lagi. Aku cukup kenal dengan sikap mak yang cukup memendam rasa. Tidak akan diluahkan rasa kecewanya, cuma riak wajahnya cukup jelas untuk aku tafsir segala-galanya.

Dari ruang dapur, mak sudah adunkan segala rempah dan bahan-bahan masakan untuk menjadi santapan buat keluarganya. Begitulah rutinnya sehari-hari. Kadangkala, kalau mak sibuk dengan kuih, bapak akan menjadi tukang masak di dapur. Tak kiralah siapa yang memasak, apa yang pasti, mereka pasti akan memasak dengan sebaik mungkin. Cuba menghasilkan hidangan yang menjadi kegemaran buat anak-anak. Dari situlah mengalirnya kasih sayang yang cukup melimpah ruah.

Melalui hidangan lauk pauklah berlalulah kasih sayang yang tidak semestinya dibuktikan dengan kata-kata atau perbuatan.

Ada orang berkata pada aku, tak seronok hidup dengan keluarga. Macam anak manja. Aku tak hirau dan peduli dengan kata-kata orang. Kalau nak diikutkan, memang rasa janggal bila sudah biasa hidup berjauhan dengan keluarga. Cuma, biarlah kali ini, aku memberi sedikit masa untuk aku bersama-sama mereka. Selagi masih ada mereka. Biarpun mereka tidak pernah mengharapkannya, tapi aku tahu, saat-saat begini, mereka terlalu ingin sekali di samping anak-anak dan cucu tersayang.

Aku sedar, bukan mudah untuk menahan karenah yang menagih seribu kesabaran.

Lagipun, ke mana aku harus lagi mencari sup kaki ayam yang sama rasanya dengan sup kaki ayam mak? Dan, kalau aku dapat menggantikan seperiuk sup kaki ayam dengan seperiuk sup apa sahaja yang lazat sekalipun, mampukah aku menadah kasih sayang yang sama?

Comments 2 Comments »

Telah menjadi kelaziman, tradisi yang sinonim
dalam masyarakat Islam di Malaysia, khususnya apabila mengadakan
kenduri aqiqah, perayaan Maulidur Rasul, perkahwinan dan lain-lain.
Mereka mengadakan majlis bacaan berzanji, selawat dan rawi.

Sejak akhir-akhir ini, telah timbul desakan yang kuat dari segolongan
umat Islam agar amalan ini dimansuhkan kerana di anggap Bid’ah yang
tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah s.a.w., malah ia menular dalam
amalan harian kita seperti wirid selepas solat, tahlil, membaca Yasin
pada malam jumaat dan talkin di kubur. Ikhtilaf pendapat ini telah
menimbulkan perselisihan dan persengketaan yang bukan sedikit, akhirnya
akan menjerumuskan umat Islam ke kancah perpecahan yang tiada
penghujung. Oleh itu marilah sama-sama kita bincangkan persoalan ini
dengan cara ilmiah, penuh berhikmah dan harmoni.

Bid’ah adalah asal perkataan bahasa Arab yang bermaksud rekaan baru
atau nama bagi sesuatu yang baru yang di ada-adakan. Sheikh Izuldin bin
Abdul Salam dalam Qawaid Ahkam memberi erti seperti berikut : Bid’ah
itu adalah satu pekerjaan keagamaan yang tidak di kenali pada zaman
Rasulullah s.a.w. manakala Imam Syaf’ie r.a. mendefinisikan sebagai
segala hal yang baru, yang terdapat setelah Rasulullah s.a.w. wafat dan
Khalifah yang ke empat (Khalifah Ar-Rasyidin).

Sidang jumaat yang berbahagia,

Ulama’ fiqh membahagikan Bid’ah kepada dua pendapat :

Pendapat pertama :

Satu cara perbuatan yang di ada-adakan dalam urusan yang tidak pernah
berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan maksud untuk mendampingkan
diri kepada Allah s.w.t. kerana ingin mendapat dan menambahkan pahala.
Mereka membahagikan hukum ini kepada dua :

1- Bid’ah yang termasuk dalam dosa-dosa kecil, iaitu Bid’ah yang
berlaku dalam juzuk-juzuk cabang peribadatan dengan kehendak Al-Quran
dan Al-Sunnah.

2- Bid’atun Mazmumah/Sayyiatun/Dzholalah :

Rekaan-rekaan baru yang tidak membawa pada sebarang kebaikan pada
manusia, bahkan boleh membawa bahaya samada dalam soal kehidupan
seharian atau peribadatan.

Menurut pendapat kedua ini, yang menjadi pegangan masyarakat Islam yang
bermazhab Ahli sunnahwaljamaah, mereka membahagikan hukum Bid’ah itu
kepada lima bahagian seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Hajrr
Al-Ashqalani di dalam kitab fatwa baru :

1- Bid’atun wajibah :

Pekerjaan yang masuk dalam perkara wajib dan perintah agama seperti mengumpul dan menyusun mushaf Al-Quran.

2- Bid’atun munduwabah :

iaitu segala yang mendukung perkara sunat seperti mengerjakan solat terawih berjemaah.

3- Bid’atun mubahat :

iaitu segala sesuatu yang menjurus hal-hal yang di bolehkan seperti
menaiki kenderaan, makan bermeja dan memakai pakaian berfesyen yang
berbagai tetapi menutup aurat.

4- Bid’atun makruh :

Iaitu perkara yang membawa kepada makruh seperti banyak melakukan sembahyang sunat rawatib hingga solat wajib tertunda.

5- Bid’atun muharramah :

Iaitu sesuatu hal yang menjurus perkara yang haram seperti menziarahi
kubur orang mati dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan atau
mengerjakan amalan suluk hingga meninggalkan solat jumaat.

Sidang jumaat yang dihormati,

Mengapa terdapat umat Islam yang menentang amalan Bid’ah ini?. Ini
adalah kerana mereka merujuk dan bersandarkan kepada sebuah hadis
Rasulullah s.aw. :

(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Bermaksud : " Sesiapa juga mengada-adakan dalam urusan agama kami ini
sesuatu pekerjaan ( amalan peribadatan ) yang tiada daripadanya ( yang
diadakan ) itu tertolak."

Manakala dalam hadis yang lain, Rasulullah s.aw.bersabda :

(Riwayat Muslim dari Jabir Bin Abdullah).

Bermaksud : " Adapun kemudian daripada itu, maka sesungguhnya
sebenar-benar perkataan itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya
semulia-mulia petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad s.a.w. dan
sejahat-jahat perkara itu ialah yang di ada-adakan (rekaan baru) dan
tiap-tiap yang di adakan itu adalah Bid’ah dan tiap-tiap Bid’ah itu
adalah sesat dan tiap-tiap kesesatan itu dalam api neraka."

Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada
aqidah ahli sunah waljamaah dan menganut fahaman mazhab Syafie’ yang
mendominasi majoriti umat Islam di Malaysia perlu merujuk kepada
pendapat beliau mengenai perkara ini. Imam Syafie’ seperti yang
dinukilkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam kitab ‘manaqib’ Syafie’ dalam
‘fathulbari’ jilid 17 muka surat 10 menjelaskan yang bermaksud : "
Pekerjaan yang baru "Bid’ah" itu dua macam : Pekerjaan kegamaan yang
bertentangan dengan Al-Quran, Sunah Nabi, athara dan ijma’ ini di
namakan Bid’ah Dzholalah. Pekerjaan keagamaan yang baik yang tidak
bertentangan dengan salah satu dari yang tersebut di atas, adalah
Bid’ah juga, tetapi tidak tercela.

Bacaan berzanji adalah tergolong dalam Bid’ah Hasanah. Ini adalah
kerana di dalamnya mengandungi peristiwa dan keperibadian Rasulullah
s.a.w. Dalam setiap bacaan kita sulami dengan selawat ke atas Nabi.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam apa yang disabdakan Nabi yang
bermaksud :" Barangsiapa yang berselawat ke atasKu sekali, maka aku
akan gandakan sebanyak 10 kali" Berapa ramai daripada kita yang
mengetahui sejarah kehidupan Nabi, siapa nama ibunya, nama datuknya,
bila diputarkan dan dan lain-lain lagi. Generasi hari ini lebih
mengenali artis-artis, tetapi tidak untuk menjadikan Rasulullah s.a.w.
sebagai ikutan mereka. Maka ketika inilah amalan berzanji ini memainkan
peranan untuk menjadikan Baginda Rasulullah s.a.w. sebagai contoh,
lebih-lebih lagi amalan itu kini telah dibaca dalam bahasa malaysia dan
bukan bahasa Arab yang kurang kita fahami.

Begitu juga membaca wirid selepas solat, bacaan Yasin beramai-ramai
atau membaca talkin di kubur. Berapa ramai di kalangan kita yang
memperuntukkan masa 10 minit sehari untuk membaca Al-quran atau
memuhasabah diri sebelum tidur mengenai hal ehwal mati?. Berdasarkan
nisbah ia mungkin boleh dihitung dengan hari sahaja. Untuk
menggambarkan bahawa kita jarang membaca Al-quran, kita kadangkala
tidak mempunyai penghujung ayat surah al-qafiruun ketika menghafaz,
walaupun ianya adalah ayat lazim, begitu jugalah dengan hal ehwal mati
yang mana kita di sunatkan untuk selalu mengingatinya, kerana ia akan
datang menjemput kita tanpa di undang. Maka bacaan talkin di kubur yang
begitu menyayukan selepas pengkebumian akan menginsafkan kita, yang
mana kita tidak dapat lari dari dimasukkan ke liang lahad itu dan
membuat persediaan yang secukupnya dari segala amal dan ketakwaan untuk
menjadi syafaat kita berhadapan dengan Allah rabbuljalil.

Sidang jumaat yang dirahmati,

terdapat beberapa perkara keagamaan yang dilakukan di zaman Khalifah ar
rasyidin dan termasuk dalam kategori Bid’ah Hasanah. Antaranya :

1- Membukukan Al-Quran yang di lakukan di zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

2- Melakukan solat terawih berjemaah yang di perintahkan oleh Saidina Umar Al-Qhattab.

3- Mengadakan azan pertama dalam solat jumaat yang di perintahkan oleh Saidina Othman.

Kalau seseorang Khalifah arrasyidin memerintahkan sesuatu amal ibadat,
maka sewajarnyalah kita mengikuti dan mengamalkannya, kerana apa yang
datang dari mereka pada hakikatnya adalah datang dari Rasulullah sa.w.,
kerana mereka adalah orang yang hampir, mendengar dan melihat sesuatu
pada diri Baginda.

Sebagaimana yang disabdakan Baginda s.a.w. :

(riwayat Abu Daud )

Maksudnya : " Maka wajib atasmu memegang sunnahKu dan sunah Khalifah arrasyidin yang di beri hadiah."

Rasionalnya mengadakan azan pertama dalam solat jumaat sebagai contoh
adalah untuk memudahkan umat Islam membuat persediaan yang rapi untuk
menunaikan solat jumaat, kerana terdapat umat Islam mutakhir ini yang
datang ke masjid hanya memenuhi tanggungjawab solat jumaat tanpa
mendengar khutbahnya, hatta ketika Khatib sedang berkhutbah pun, mereka
masih berkeliaran di luar masjid kerana berjual beli atau menikmati
juadah untuk mengalas perut.

Kita sebagai masyarakat awam hendaklah berpegang dengan fahaman
majoriti iaitu bermazhab Syafi’e Tidak salah berfahaman lain, tetapi
perlu ada dasar dan dalil yang kukuh untuk berpegang dengannya. Selain
itu adalah menjadi satu kesalahan dan melanggar etika, mereka yang
berdakwah dalam masyarakat yang berfahaman lain, sebagai contoh, jika
seseorang mengatakan amalan berzanji itu Bid’ah Dzhalalah dalam sebuag
kampung yang majoritinya bermazhab Syafi’e, kita amat pasti ia akan di
pulukan masyarakat setempat malah mungkin di singkirkan dari kampung
tersebut.

Sikap tegas dalam mananggani syirik dan khurafat dalam masyarakat
adalah masalah yang di sepakati Ulama’ dan sesuatu yang wajar, tetapi
di dalam permasalahan khilaf di kalangan Ulama’, adalah memerlukan
penglihatan terperinci dan saling hormat-menghormati, agar ia tidak
merosakkan perpaduan dan persaudaraan Islam kerana itulah sikap yang di
ambil oleh para Ulama’ dari dulu lagi.

Oleh itu, kita perlu mengutamakan etika dan akhlak daripada emosi
apabila berselisih pendapat seperti yang berlaku di zaman Rasulullah
s.a.w., apabila para sahabat berbeza pendapat, mereka menggunakan
pendekatan takwa serta menjauhi daripada emosi dan runtunan hawa nafsu.
Di samping itu kita perlu bersikap sederhana dalam apa juga pandangan
dan meninggalkan sikap taksub dalam beragama, kerana ia menjadi faktor
penting bagi mencapai kesatuan dan perpaduan sesama insan.

Sikap bekerjasama, bertolak-ansur dan tidak fanatik kepada sesuatu
pendapat perlu menjadi teras agar budaya kafir-mengkafir,
fasik-memfasik, gelaran ahli Bid’ah atau ungkapan lain tidak akan
berlaku dalam masyarakat.

Mudah-mudahan amalan Bid’ah Hasanah yang kita lakukan selama ini akan
mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah s.w.t. sebagaimana sebuah hadis
Rasulullah s.a.w. yang menjadi hujah Imam Syafi’e apabila membicarakan
persoalan Bid’ah ini yang bermaksud :

" Barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunnatun Hasanah, maka di
amalkan orang lain kemudian sunnahnya itu di berikan pahala seperti
pahala orang yang mengerjakannya, kemudian dengan tidak mengurangkan
sedikit jua daripada pahala orang yang mengerjakannya kemudian. Dan
barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunatun sai’ah, maka di amalkan
orang kemudian sunnah buruknya itu, diberikan kepadanya dosa seperti
dosa orang yang mengerjakan kemudiannya dengan tidak mengurangi sedikit
pun jua dari dosa orang yang mengerjakan kemudian itu. "

(Hadis riwayat Muslim.)

(Surah Al-A’raaf ayat 178.)

Bermaksud : " Sesiapa yang di beri petunjuk oleh Allah (dengan sebab
persediaannya), maka dia lah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang di
sesatkan oleh Allah s.w.t. (dengan sebab keingkarannya), maka dia lah
orang-orang yang rugi."

2 Januari 2004 / 9 Zulkaedah 1424H

Comments 2 Comments »





















 


 

 



Comments No Comments »



1. The Bible Convicts
Women as the original Sinners (ie. Eve picking from the forbidden tree) {Genesis
2:4-3:24}.


The Koran Clarifies it was Adam Not Eve {Koran

7:19-25}


2. The Bible says "The Birth of a Daughter is a
loss" {Ecclesiasticus 22:3}.

The Koran says both are
an Equal Blessing {Koran 42:49}

 


3. The Bible forbids women from speaking in
church {I Corinthians

14:34-35}.

The Koran says women can
argue with the Prophet {58:1}

 


4. In the Bible, divorced Women are Labeled as
an Adulteress, not men {Matthew

5:31-32}

 

The Koran does Not have
Biblical double standards{Koran 30:21}

 

5. In The Bible, widows
and sisters do not inherit Any property or wealth, only men do {Numbers 27:1-11}


The Koran abolished this male greed {Koran

4:22} and God protects all.

 

6. The Bible Allows
Multiple Wives {I Kings 11:3}

In The Koran, God limits
the number to 4 only under certain situations (with the wife’s permission) and
prefers you marry only one wife {Koran 4:3} The Koran gives the woman the right
to choose who to marry.

 


7. "If a man happens to meet a virgin who is
not pledged to be married and rapes her and  they are discovered, he shall pay
the girl’s father fifty shekels of silver. He must marry the  girl, for he has
violated her. He can never divorce her as long as he lives" {Deuteronomy
22:28-30}

 

One must ask a simple
question here, who is really punished, the man who raped the woman or the woman
who was raped? According to the Bible, you have to spend the rest of your life
with the man who raped you.

 

The Prophet Muhammad Says
{Volume 9, Book 86, Number 101} Narrated by Aisha: "It is essential to have the
consent of a virgin (for the marriage)".

 


Would the Non-Muslim men reading this prefer
the Women they know to be Christian or Muslim?

 


8. The Bible also asks women to wear veil as in
Islam {I Corinthians 11:3-10}

9. Women were given rights to Vote less
than a 100 years ago in the (US), while the Koran gave women voting rights
almost 1,500 years ago.


Comments No Comments »

Ada satu mlm tu Tipah balik
dari tiusyen kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk!

Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan
perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop
berhampiran.Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,

Tipah sensorang ajer. Takut gak tau!

Tunggu punyer tunggu, dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow
motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak
pikir ngapenye?  yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu
tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah tak kira? terus jer Tipah
lompat naik ke dalam bas tu.

Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?

Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali.
Lepas dah duduk tu? Laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya.
Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan
Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? peluh jantan mula memercik dan
nyawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.

Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat?
Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah
kondukturnya To?.? Adakah? adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye,
sadisnye, kejamnye !

"Tttolong! toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.

"Hoh!

Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.

Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer
drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa? rosak enjin dia. Patut la slow
aje? patut pun tak der drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh… malu Tipah tau!

Comments No Comments »

Dalam sebuah pertunjukkan lawak,
sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa.
Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah
selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan
diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri
wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita
tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita
itu.

"Sungguh kelakar" jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu
lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu
masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai?
" getusnya.

Comments No Comments »

Anak yang baik

Dua orang sahabat yang sudah lama tidak berhubung akhirnya
bertemu di sebuah pasar…
Mereka bercerita tentang keluarga masing-masing.

Maimon: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya
sangat sempurna

Hasnah: Adakah dia merokok?
Maimon: Oh, tidak!… Tidak sama sekali!
Hasnah: Dia kekadang minum bir?
Maimon: Oh, Tidak! Dia anak yang baik-baik
Hasnah: Dia kuat bersosial… dan selalu pulang larut
malam kerumah?

Maimon: Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak
terbaik dalam keluarga

Hasnah: Wah, Nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang
sempurna, Berapa usianya?

Maimon: Minggu depan akan genap usianya 6 bulan!

Anak kembar

            Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di
hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak. Selang
beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah
pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!".   

    "Mungkin satu
kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.

 

Kemudian keluar jururawat lain dan
memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".

    "Yahoo… mungkin
satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.

 

Sepuluh minit selepas itu keluar
jururawat lain dan memberitahu ayah  ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan
anak kembar empat!".

    "Alhamdulillah,
mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.

 

Pada waktu itu ayah keempat kelihatan
gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau
sangat?"  Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma…. saya bekerja di
Seven-eleven" katanya.

 

Nak Kaya?

            Pada suatu malam Taufik memandu sendirian dari Batu Pahat untuk ke   
          Melaka. Tiba di Semerah seorang lelaki tua menahan keretanya. Simpati
dengan nasib orang tua itu, Taufik memberhentikan kereta dan mempelawanya naik.

    "Anak nak pergi
mana?" Tanya orang tua itu.

    "Melaka," Kata
Taufik

    "Turunkan pakcik
di Muar sudahlah."

Taufik angguk dan terus memandu.

 

    "Anak nak kaya tak?"
Tiba-tiba lelaki tua itu bersuara lagi.            

Taufik mula rasa tidak sedap hati.
Dia mengesyaki orang tua itu cuba memberi nombor untuk ditikam, sedangkan Taufik
bukanlah kaki ekor.
    "Tak apalah Pakcik. Hidup ni tak perlu kaya sangat, apa yang
ada cukuplah,"Kata Taufik

    "Betul anak tak
mau kaya?, Pakcik nak bagi ni!"

    "Tak apa,pakcik.
Terima kasih."

Akhirnya mereka sampai di Muar.
Apabila kereta berhenti, orang tua itu bersiap-siap untuk turun dan mengambil
begnya.
            "Pakcik ada tujuh tin SRI KAYA ni. Tapi kalau anak tak nak juga, tak
apalah," Katanya. Taufik hanya terkebil-kebil melihat orang tua itu turun dari
keretanya…..



Makanan Itali

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat
terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum
ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman
wanitanya itu kagum. Apabila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan
pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu
dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.

    "Err…, Berikan
saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.

Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak
takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.   

    "Minta maaf encik,
Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!"  Kata pelayan itu.


Penyakit si Luncai

Suatu hari si Luncai pergilah
berjumpa doktor, mengadu masalahnya yang selalu saja terkentut. Ya, kentut.
Kentut sepanjang masa. Kentut, kentut, kentut. Foot, prreettt, prruuuuttt.
Luncai: Tapi yang peliknya doktor, kentut saya ni tak
berbau dan tak berbunyi. Doktor tau, lima minit saya kat sini, dah lima kali
saya terkentut.
Tapi doktor tak tau pun sebab
doktor tak dengar bunyi kentut tu dan doktor tak dapat hidu baunya, kan?

Si doktor diam aja, malah tak dipandangnya pun muka Luncai. Sehelai kertas
diambil dan zap zap zap, si doktor tergesa-gesa menulis nama ubat ubat yang
perlu dimakan oleh Luncai.
Luncai: Fuhh… doktor ni memang genius. Tak payah periksa
perut saya pun doktor dah tau ubat apa yang saya kena makan. Tentu lepas ni saya
tak kentut-kentut lagi, kan?

Doktor: Tak… ubat ni untuk sakit resdung Encik Luncai.
Minggu depan datang lagi tau, kami nak periksa telinga Encik Luncai pulak!

Kejutkan Saya

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu
malam si suami telah menulis satu nota…
            "KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi      
       isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur
dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi.Didapati di
sisinya terdapat satu nota bertulis…
            "BANG, BANGUN BANG….. SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"

Moral:
Dah solat ke belum.??

Comments No Comments »