Archive for June, 2006

Ayah Dan Ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Comments No Comments »

Semalam Yang Hilang 1

-Semak-samun, lalang tinggi org.
-Jadi pioneer kat situ
- walaupun pd awalnya nk kuar jer dr situ.
-Angkut brg ngan lori
-Gotong-royong, tolong sesame org kampong n jiran-jiran
-xde lg masa tu.
-mula-mula masuk xde buat ape.Sume xde lg
-g tanam pokok kat tempat2 yg akn dibukak, buat jalan merah, angkut batu2 ngan lori
-sume org keje tolong-menolong
-jba xde lg, lln xde lg (sekarang tnb)
-angkut air, g kat paya2 yg dekat.
-rumah tempat utk berteduh,xde bilik.
-keliling rumah sume semak samun, xde langsung pokok buah2an
-ramai gak yg tak tahan dan kuar dr situ
-tp keadaan yg berbeza ketika telah melihat dunia
-jln2 walaupun masih berbatu merah tp lebih baik dari yg sebelum.
-kalau dulu hanya tanah putih dan berbecak ketika hujan, tp tidak lg
-memasak hanya menggunakan dapur kayu dan arang.
-setiap hari kene cari kayu api utk masak.
-tiap2 mlm wajib mengaji kecuali time guru mengaji cuti.
-guna lampu minyak tanah, lampu gasolin n lampu kabait
-tv memang lambat, radio ade laa.
-bila ade wayang sume org kumpul kat padang nak tengok.
-mase tu cite dari indonesia n hindustan banyak.
-kalu dari indonesia mesti cite pendekar-pendekar.
-hindustan x brape ingat sgt.yg ingat ade filem bobbi.
-kain putih besar bentang tengah2 padang n mula wayang waktu malam.
-mesti penuh org.
-slalu g umah2 sedara yg dekat2 situ.kekadang yg jauh pun pegi jugak.
-waktu sume org dah boleh keje, ladang jd umah pulak.
-tiap hari ikut masuk ladang
-tengah mengantuk pg subuh tu dah kene bawk masuk ladang.
-sarapan pg dlm ladang, t.hari balik
-malam kekadang pesan ngan jiran belikan susu lembu fresh dr ladang
-masak susu tu kat umah.
-tv dulu hitam putih jer.guna bateri krete sbg power.Walaupun black n white tp punya la suke.
-beli bateri kereta (kereta xde pun) semata-mata nk tengok tv.
-yg ingat cite charlie chaplin time tu.ape lg ntah..
-dah boleh jln n belari lln mula nk ada.
-jba ngan lln xingat mane yg dulu
-beli perabot ngan ansuran(berhutang la..).beli skit-skit..
-sbb lln tak de lg, memalam wat keje umah dengan lampu minyak tanah jer..
-baju skolah kekadang gosok kekadang tak.Seterika guna yg arang punya.
-Kalu time hujan kasut skolah mesti basah nye..
-keringkan atas dapur arang..
-memalam atau sesubuh tu idupkan dapur arang pastu letak la kasut skolah atas tu..
-suar skolah dulu suar pendek jer..xde suar pnjg lg.kalu pakai lutut pun nampak.
-Kelengkapan skolah mase tu rasenye sume lengkap.Takde la mcm skrang nih..
-Ketas2 jenis yg color coklat, taip n rezo. xde mesin fotostat lg.
-Meja tulis n bangku skolah jenis kayu yg keras warne coklat tu.Tp tngan n kaki studen lg keras, abis patah dikejekan.
-Cikgu skolah jgan ckap la..Punya la garang.Kalu lalu sume senyap.Ustaz/ah pun garang jugak..
-Tak hapal niat semayang mesti kene punye.Tp parent xde la masuk campur.lg galakkan cikgu wat mcm tu ade la..
-Yg besnye time skolah dulu dpt susu free tiap minggu.Program sihat.. ntah ape ntah x ingat.
-Nasi lemak, kuih2 5 10 20 sen jer..Duit belanja skolah 20sen.
-Bekal tiap2 hari bawak.Slalunye kuih laa..
-Nak cari duit belanja jual kuih kat kwn2 kelas.
-Pegi skolah pg2 jln kaki.Beg skolah  punye la besa n berat ngan buku.Takut dgan cikgu kalu tetinggal buku.
-matematik memula blaja mengira dulu guna lidi  kelapa. Tambah n tolak.

sambung la pulak..

Comments No Comments »

Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba kudekati, semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan yang Maha Sempurna, kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Bagaimanakah nantinya, ketika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun.
Di bayangan mentari aku kealpaan dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dinihari aku kepasrahan mendamba jernih embun kasih sayang-Mu oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku, belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan yang Maha Pemurah, hindari diriku dari seksa-Mu
Kasih sayang Mu Tuhan itu yang kudambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku.

Comments No Comments »

JADILAH KAWAN YANG BAIK

 

 

 

Persahabatan
merupakan perkara yang amat dihargai oleh sesiapa sahaja. Namun begitu,
di sebalik sikap saling percaya mempercayai, sedikt perselisihan faham
mampu menggugat persahabatan yang dibina. Tidak ada jaminan bahawa
setiap persahabatan itu akan sempurna, tetapi jika dilakukan dengan
baik dan penuh adab mungkin persahabatan tersebut akan kekal sehingga
ke akhir hayat.

 

 

 

Berikut mungkin boleh dijadikan panduan bagi membezakan antara kawan dan musuh:

 

 

 

1) Jadilah seorang
kawan yang boleh diharap apabila sesuatu krisis berlaku.

Perkara ini amat penting kerana bukan semua orang yang mampu berbuat
sedemikian. Menjadi seorang kawan bermakna kadangkala seseorang itu
perlu mengutamakan kepentingan orang lain daripada diri sendiri
terutamanya apabila mereka mengalami krisis.

 

 

 

2)
Selalulah menggalakkan kawan melakukan yang terbaik dalam hidup mereka
tetapi jangan pula mengharapkan kesempurnaan daripada mereka.

Memang tidak dapat dinafikan, ramai orang akan mencuba untuk mencapai
setiap perkara yang sukar untuk mereka lakukan, dan kesudahannya mereka
gagal juga. Bersedialah untuk menjadi ‘penyambut’ mereka dan ucapkanlah
tahniah atas usaha mereka daripada memperkecil-kecilkan kegagalan yang
mereka hadapi.

 

 

 

3) Percaya akan kebaikan diri mereka. Selalunya, kawan-kawan akan memulakan perbalahan yang akan menjadi teruk berikutan dengan kurangnya kepercayaaanan diri mereka. Selalunya, kawan-kawan akan memulakan perbalahan yang akan menjadi teruk berikutan dengan  antara
satu sama lain. Bertambah teruk apabila terdapatnya penglibatan orang
ketiga dalam memarakkan rasa marah antara anda dengan kawan anda.
Sebelum terpengaruh dengan hasutan, selalulah percaya akan kawan anda
terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan.

 

 

 

4) Berfikiran terbuka. Sedihnya,
banyak persahabatan menjadi renggang apabila seseorang itu mengetahui
bahawa kawan mereka mempunyai sikap berat sebelah terhadap sesuatu
persahabatan itu. Jika persahabatan anda itu penting, asingkan segala
perbezaan pendapat.

 

 

 

5) Jangan biarkan wang menjadi isu penentu. Tidak
ada perkara yang lebih teruk dalam persahabatan yang berasaskan kepada
ketamakan. Seorang kawan itu tidak perlu dipilih berdasarkan wang dan
pendapatan mereka tetapi daripada ketulusan hati mereka.

 

 

 

6) Jangan buatkan penampilan seperti fokus kepada persahabatan anda.
Ketinggian, berat atau perwatakan seseorang seharusnya tidak perlu
menjadi alasan di sebalik persahabatan yang dibina. Jika anda tidak
dapat menerima seseorang itu berdasarkan apa yang terdapat di dalam
hati mereka daripada apa yang kelihatan di luar, sudah pasti
persahabatan anda itu akan berakhir dengan kemusnahan yang tidak dapat
dijangka.

 

 

 

7) Jangan sesekali membelakangkan kawan.
Sudah terlalu banyak kali, apabila seseorang itu berkawan, mereka akan
berpaling ke arah lain apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak
diingini. Untuk menjadi kawan yang baik, kemahiran mendengar cerita
kedua-dua belah pihak adalah amat penting. Jika anda tidak dapat
mendengar, anda tidak dapat belajar. Dan jika anda tidak dapat belajar,
tidak ada pengalaman yang diperoleh.

 

 

 

8) Percayalah kepada kawan anda apabila mereka menceritakan tentang masa silam dan tentang perasaan mereka terhadap anda. Selain itu, bersikap sanggup dalam membalas kepercayaan mereka.

 

 

 

9) Jangan sesekali bergosip mengenai rahsia kawan anda.
Tidak ada perkara yang boleh memusnahkan persahabatan anda dengan lebih
mudah daripada mulut yang celupar. Apa yang dikatakan sebagai rahsia
perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Biar pecah di perut, jangan pecah
di mulut.

 

 

 

10) Bersikap baik hati terhadap orang lain. Dengan bersikap demikian, lebih ramai yang mahu menjadi kawan anda.

 

 

 

11) Jangan menjadi seseorang yang terlalu suka mengkritik.
Cara ini akan membawa kepada perselisihan faham yang sekaligus akan
membawa kepada pertengkaran tanpa diduga. Sebaliknya, kritiklah hanya
apabila ia memberi kebaikan kepada orang yang dikritik. Lakukan pada
waktu yang sesuai dan penuh dengan adab supaya tidak menyebabkan rasa
tersinggung dan malu.

 

 

 

12) Kekalkan sikap positif jika boleh. Tidak ada orang yang sukakan mereka yang sentiasa bersikap negatif.

 

 

 

13) Bersikap sanggup memberi.
Kadangkala apabila seseorang kawan itu memerlukan bantuan, ramai yang
akan melupakan tentang mereka. Perkataan ‘itu bukan masalah saya’
sering keluar daripada mulut. Dalam kes persahabatan, tiada apa yang
lebih penting daripada kebenaran. Belajarlah memberi tidak kiralah jika
ia wang, nasihat dan sebagainya.

 

 

 

14) Berfikirlah untuk diri sendiri di sebalik tentang diri rakan anda. Tiada orang dapat membantu jika
mereka menghabiskan lebih banyak masa memikirkan tentang diri mereka
daripada orang lain sehinggakan orang lain pula terpaksa membuat
keputusan untuk diri mereka.

___________________________________________________
terima kasih di atas kiriman ini yg diterima dari su-mi n cici

Comments No Comments »

Kuala Lumpur, 30 Jun -  Satu kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku pada pagi ini. Berita  selanjutnya…

Seorang penunggang  motosikal  dan  tiada pemboncengnya telah terlibat dalam satu ujian dihadapan Hospital  Besar Kuala Lumpur. Motosikal tersebut dipercayai  telah   mengalami sakit barah lutut menghembuskan nafasnya tp bukan yang terakhir betul-betul dihadapan hospital berkenaan. Penunggang motosikal tersebut bagaimanapun berjaya membawa kenderaan beliau  ke dalam  hospital sementara menantikan  ambulan  tiba. Dalam kejadian yang tidak semena-mena berlaku itu telah mengakibatkan penunggangnya mengalami semput-semput dan terpaksa menangguhkan perjalanannya menemui Tun Hussein Onn 2.
Saksi yang melihat kejadian itu berkata "Hospital untuk pesakit macam tu rasanya sebelah belakang sana ada.Yang banyaknya kat sebelah Hospital Tawakal sana." Ambulan yang tiba beberapa minit kemudian telah membawa penunggang motosikal tersebut dan meninggalkan motonya yg sakit barah lutut berkenaan kerana dikhuatiri akan berjangkit kepada penunggang motosikal tersebut. Berita ape ni daa…??

Sekian berita ringkas yg disampaikan dari bilik derita.

Comments No Comments »

3 hari aku berada di situ.Pd mulanya aku akan terbang ke Tapah, Perak tapi mungkin samar2 aku akan ke sana.Aku tetap berada di situ.Deria ke-7 aku kuat mengatakan aku akn terdampar di situ.Sebelum berlepas ke situ, aku bersiap sedia dgn alatan yg diperlukan. Namun masih tidak sume alatan yg aku fikirkan perlu di bawa aku bw.Namun kehadiran ku di situ bukan menjadi org penting.Walaupun ku tahu ianya sedemikian, ia tidak mematahkn semangtku utk terus berada di situ. Pasti kehadiranku di situ ada maknanya..

Petangnya sblm berlepas, hujan turun dgn lebat.Sudah musim agaknya setiap petang hujan akn turun dan berhanti sblm senja.Aku sabar menanti hujan rahmat yg turun reda seketika.Seperti yg dirancangkn aku mesti tiba sblm maghrib.Dengan teman setia ku yg selalu bersama aku ke sana sini aku  bawa bersama.Dia lah yg telah banyak membantu perjalanan hidup ku.Dgn dorongan dia juga aku pergi meredah hujan yg masih renyai2 ke tempat yg dijanjikan.Dia memberi semangat aku akan tiba sebelum maghrib. Hadirmu membawa seribu erti.Namun kau terpaksa ku tinggalkn untuk sementara waktu.3 hari aku tidak akn dapt melihat mu.Aku berserah pada-Nya untuk menjaga diri mu.

Sepanjang perjalanan malam telah menutupi siang. Tidak ku sangka akn bertemu rakan seperjuangan. Banyak celoteh yg ku dengar dari nya. Kisah2 si gila dan bermacm2 lg. Terlintas jugak kadang kala dlm otak aku tidak akan bersama mereka.Mungkin aku akn terpisah jugak dgn mereka.Malam ni setibanya aku di situ akan menentukn segalanya.Di situ kami sume akan berkumpul semuanya.Siape yg akn terus tinggl di sini, siape yg akan ke situ dan siape yg akn pergi ke tapah akan diketahui mlm itu.Selepas sume nye selesai, halatuju ku masih samar2 lagi. tiada kata putus.Camne pun aku kene ke situ.Membantu rakan2 yg lain sementara waktu nih.

Keesokan hari nya selepas bersarapan pg, akhirnya aku tersadai (bukan org tasadai ek..)jugak di situ.Tak pe lah, kat situ pun ape kurang nye. Mungkin ade hikmah.(Aperr lah yg aku cite nih..?? sana sini situ..)

Di situ aku buat ape yg aku leh wat.Buat kaco, buat bising, buat tak tau, buat bodoh hahaaa..bes gak.Aku pun merayau la g sana g sini amek gamba itu amek gamba nih (pegang kemera hehe..) ikut suke ati aku jer nk amek gamba..huhuu..gamba kucing gamba batu gamba pokok mcm2 la gamba yg aku amek..

Hari ni aku menanti ketibaan bebudak dr skolah jln reko.Memang nama skolah nih skolah menengah jalan reko.diorg sampai lewt plak skit pasal sesat2 nk carik tempat nih..Sebab sampai lewat, aturcara pun dah lari dr jadual asl.ermm.. Trainer la yg pening..tp sume masih jln ok lg la..

Malam nye di situ kami sume dihidangkan ikan n ayam panggang..Melelh ayak liuq.Memang sedap pasal ikan nye fresh baru tangkap dr kolam(ikan talapia).Tp bebudah skolah nih, ntah ler..ramai yg amek ayam dr amek ikan.Dah la slalu makan ayam kat banda tu, sesekali masuk kg nih makan le ikan plak..Bukan slalu..Ikut suke ko la labuu..Ayam pun sodap jugak..abih licin.

Esok pg tetibe plak nk wat hutan meredah..Aduss!! kasut satu pun aku x bawak.ermm..dgn selambe tak bgtau pakcik komando tu aku pun ikut same masuk utan..Jalan kat blakang skali nnt kalu dia nampak aku tak dpt pulak ikut masuk utan(heheee..). Memandangkan kamera kat aku nih mane leh lepaskn peluang amek gamba dlm utan tu nnt..aku pun nk gak masuk utan tu..mesti bes nye..Memula memang bes.Pastu tetibe plak ade adik sorg nih kaki nye tepeleot..Tepaksa berangkat tetengah utan tuh..turun bukit naik bukit..Lotih den nk angkat budak nih..Bukan aku sorg la yg angkat..tak larat akuu..Ade la 4 5 org yg angkat same..Adeh!! adeh!! Kejap2 tuka org lain plak..panggil sume hero2 bebudak skolah tu tolong angkat..Dgn lumpu, curam naik bukit turun bukit dan yg malang lagi, aku plak pakai sandal jer(ingat nk jadi pendeka lame lerr..)ha!! ko amek, sampai tinggal2 sandel tu dlm kat kaki bukit, dlm lumpu sume.Las2 kaki ayam dlm utan tuhh(hahahaa…)sebaik la ade pakcik tu bawak kan sandel aku..memang bes la pengalaman mcm nih, walaupun letih penat n sakit2 sume..Kuar jer dr utan tu budak yg sakit td bes la naik kete.Kami sume masing2 dah kehausan tahap gurun kedah dah..tak daya lg nk jalan..abih tenago den..

Sampai jer kat kem dah time makan t.hari.Punye la lame masuk utan tu dr kul 8lebih sampai kul 1 lebih.Ingatkan dlm 2j jer..Ptg nye mereka sume akan balik umah memasing…
dah ler..Pnjg sgt plak cite nih..

Kem Kepimpinan
Tarikh: 17-18 Jun 2006
Tempat: Kem Damai Janda Baik, Bentong Pahang
Fasi: Yassir(Trainer),Jo,Sham,Atie,Ti,Syai & Za

Comments No Comments »

* Bakal pemimpin
* Agenda pembangunan
* Hari Qualiti
-Semua pelajar dan ibu bapa perlu dihargai
-agar tidak timbul perasaan mereka x diperlukan
-setiap thn hanya pelajar cemerlang yg diraikan.Pastinya tingkatan/thn berikutnya tak mustahil pelajar yg sama akan diraikan.
-bagaimana 27org pelajar yg lain dlm 1 kelas..?? Apa perasaan pelajar yg kurang cemerlang ini dan juga ibu bapa..???
-Pelajar yg dirai bukan shj dlm akdemik tp juga yg cemerlang dlm bidang dan kemahiran yg pelbagai..
-pelajar yg bermasalah perlukan perhatian

============================
** Sekretartiat d bwh yayasan
** Bantuan2 yg boleh diberikan
**
============================
***Balik kg
***Siapa lg kalu bukan aku..Siapa lg kalu aku tidak mahu..??

Comments No Comments »

Las week ada lg pgrm, tp kali ni bertindih tindan tindanan di 2 3 tempat. Ntah camne kene pulak g tempat yg jauh.. kat Perak nun. Memula rasa mcm bes je kalu dpt g tempt tu.. kat Tapah, Perak.
walaupun akn terpisah dengan… tp akan ku gagahkan diri ini, akn ku buat yg terbaik.

Pgrm kat situ 1hari jer..dan jatuh pd hari sat.Memandangkn aku ni xde transpot kene la tumpang sesape yg nk pegi ke sana..huhuu…Dlm kepala otak aku harap2 dpt la pegi sana..walaupun perasaan bahwa aku xdpt ke sana menjelma dlm sanubariku [sanubari tu aper..?? kuang 3x]

Ptg nya sehari sebelum pgrm kat tapah tu, aku bertolak ke janda baik [tau takpe..]. Pagi nya sebelum petang nya aku ke SKBTHO2 [ape nih..??] . Sampai je kat skbtho2 tu tak banyk yg dpt tolong.Sampai awal sgt, sume x dsediakn lg.. Dok melahu  je la kat  situ n tlg skit2 ape yg leh wat.  Ok, ptg nye pulak..sblm nk ke jb hujan turun dgn lebatnye..aduss..baju ujan xbawa la pulak..camne nk balik nih..?? kene la tunggu sampai ujan reda skit..alhmd insyA dpt balik umah jap pastu nk ke h.opis pasal ptg tu gak nk bertolak tambah ke jb pulak..

Telah termaktub akan ia setelah tibanya akn saya terus sahaja bertolak kami semua ke jb.Barang tidak sama skali menyangka akn pergi bersama saya siapa2 yg dikenali.Setelah bertemu akn mereka semua sedarlah saya sahabat yg pernah berpgrm bersama-sama..

huwaaarghhh..ngantuk la  xde wat ape kat blakang nih..tido je la..kruuukk..kreekk..23x [mcm bunyi pintu daa..] perut aku dah lapar tp senyap je la..tgh2 highway xnampk rest-oren pun..sabar je la..wat2 tido la ape lg..sabar ye wahai perut ku..pujukku..

eh! lupe plak..cite td tu dah mlm.lps je sampai kat h.opis n naik van terus  gelap [mlm la..].Dlm kengantukan n kelaparan sume tu td, kami pun sampai la kat jb.Mengangkut n memunggah la brg2 yg nk pakai.Alamak dah lari tajuk ke nih..?? hantam saja la labuuu..

bersambung..

Comments No Comments »

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke bibir
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandangan mu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malam berganti tua
Usah kau berputus asa

Berkali tersungkur
Pandangan mu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malam berganti tua
Usah kau berputus asa

Usah kau berputus asa

Kaulah wira..

Comments No Comments »

PRC (UPSR/PMR/SPM)

tarikh : 4 - 6 jun 2006
hari :  Ahad  hingga Selasa
tempat: Kolej ke-5,UPM Serdang

Program Pembangunan Insan (PZS-SPM)

tarikh : 6 - 8 jun 2006
hari :  Selasa  hingga Khamis
tempat: Janda Baik, Bentong Pahang.

Program Pembangunan Insan (PZS-PMR)

tarikh : 8 - 10 jun 2006
hari :  Khamis  hingga Sabtu
tempat: Janda Baik, Bentong Pahang.

4 jun 2006 (hari pertama)
-Bertolak ke UPM Serdang menuju Kolej Ke-5
-Masa bertolak kul 8.00pg (lewat skit pasal hujan pula pg tu..)
-4 tayar moto ligat menuju ke UPM dlm ujan renyai2..
-Sampai dlm kul 8.35pg
-Peserta masih mendaftar lg..
-10pg dah stat seminar.
-1pm rehat n makan t.hari
-2pm masuk dewan seminar semula.
-4.30pm rehat.Takde minum petang pulak..saba je laa..
-5ptg dah stat aktvt riadah.
-jalan2 dlm upm jer..
-lame dah tak jln.Penat n haus.Cobaannn..
-sume dah kepenatan
-mlm sampai kul 11mlm ade motivasi..
-tido la pastu..

5 jun 2006(hari ke-2)
-pg ni xde senaman. Semalam dah kepenatan.rehat
-minum pg kul 8
-seminar stat kul 9pg so..sediakan ape yg patut disediakan.
-break kul 11pg pastu sambung lg sampai kul 1 t.hari
-dah makan2 rehat sembahyang sume sambung balik kul 2.30ptg sampai kul 4.30ptg
-ptg ni seminar dah abis.Lepas ni riadah makan mlm solat n sambung pula ngan aktiviti kumpulan.
-mcm biasa lps kul 11mlm leh masuk bilik tido..

6 jun 2006(hari ke-3)
-hari terakhir d kolej ke-5 upm
-seminar xabis lg.Ikut jadual sampai kul 4.30ptg
-kene balik kl jap.Ade urusan yg perlu diselesaikan hari ini gak.
-Kejap nye masa berlalu..
-Kul 5.30 ptg sume selesai.Majlis penutup xsempat pulak.
-kene bersiap pulak sebab lps ni nk ke Janda Baik,Bentong Pahang.
-Hampir kul 7ptg bertolak ke umah kwn kat Serdang.Hujan mulai turun.
-Tumpangkn moto kat umah kawan.
-Lps magrib bertolak ke Selayang hanta adik kwn.
-Sampai Selayang dlm kul 10mlm.
-Jalan dalam hujan jer..Sebab dok blakang n xtau wat ape..tido je la kat belakang.
-Alhamdulillah sampai Selayang dgn selamat.
-Pas ni nk ke Bentong pulak.
-Umi kwn ni baik sungguh.Risau pasal jln dlm keletihan n mlm2 buta..
-Suh tido je kat umah umi..walaucamne pun kene betolak gak mlm ni.
-Lepas mkn kopok ikan n minum2..betolak ke Janda Baik.
-Kul 11 lebih sampai kat Janda Baik.
-Tempat sungguh bes n rase nk tido jer..lebih2 lg suasana bilik tu memang bes ngan katil n tilamnyer kalu tido x ingt dunia dah..letih dah..
-lps jer minum mlm masuk bilik n tido..letih dah dok dlm kete..

7 jun 2006(hari ke-4)
-Hampir telepas subuh.sebaik sempat lg..astaghfirullah..
-Pg ni wat aktiviti skit..
-minum pg kul 8
- lepas tu LDK sampai waktu makan t.hari
-petang LDK tp bawak ke sungai.Wat LDK dlm sungai.hehee..
-balik utk solat asar n mkn mlm.
-mlm ade seminar belajar sampai kul 11mlm.
-lps tu mkn mlm n kembara mimpi..

8 jun 2006(hari ke-5)
-qiam tp dah dekat nl subuh kul 5pg
-Aktiviti pg lps makan pg kul 8.
-Sambung ngan LDK.Banyak LDK sebab tujuan modul utk rapt ngan adik2.Tekilan gak la xdpt masuk group..tak dulik masuk gak group tlg2 akak fasi..hehee..
-Hari ni group PMR akn dtg ganti group SPM.
-kene tuka ke hikmah ehsan pulak
-Lps mkn t.hari majlis penutup utk SPM
-Lps tu Majlis pembukaan utk PMR lak
-Lps minum ptg ade xtvt kumpulan skit
-rehat & solat maghrib
-mlm tu mula ngan slot motivasi oleh abg zul.
-ramai la yg nangis2..uwaaa…

9 jun 2006(hari ke-6)
-bangun pagi,mandi pagi,solat pg,senaman pg n makan pg.
-LDK la lps tu..sampai mkan t.hari n solat zohor.Pastu sambung lagi sampai petang.
-….

Tangisan mereka kering sendiri jua….

 

 

 

Daripada
6 hingga lah 10 Jun (hari kelmarin), saya baru selesai mengikuti
program pembangunan Insan anjuran Pusat Zakat Selangor. Bersama rakan
seperjuangan, jurulatih dan fasilitator-fasilitator daripada Harmony
Excellence, saya pulang dengan membawa
sesuatu yang membungkam di dalam hati. Sayu, gembira, bersyukur dan
tidak kurang juga ketidakpuashatian yang saya sendiri keliru kepada
siapa harus saya luahkan.

 

 

 

 Kami
ditugaskan untuk melaksanakan kesemua modul-modul pembangunan sahsiah
dan pembelajaran bagi anak-anak asnaf zakat yang terdiri daripada
golongan miskin dan ibnu sabil. Terlalu banyak yang perlu dibongkarkan.

 

 

 

 Golongan
miskin bukan hanya satu segmen masyarakat yang memerlukan pertolongan,
tetapi golongan ini yang kebanyakkannya terpencil daripada kegiatan
sosio masyarakat terutama dalam ruang masyarakat elektronik, juga amat
bermasalah dari segi akhlak, kebudayaan, peribadi dan ibadah mereka
sendiri. Terlalu banyak yang perlu dipugar. Tetapi hakikatnya terlalu
sedikit yang mendekati golongan ini.

 

 

 

 Saya
amat terkesan dengan tangisan peserta-peserta program yang mengikuti
slot muhasabah….apabila sahaja lagu wajah (Jac) dimainkan untuk
dihayati liriknya….kami bersama-sama menangisi kesusahan para peserta
yang kelihatannya nakal, jahat, tidak beradab…tetapi jauh di hati
mereka..mereka amat mengesali keadaan keluarga dan tanggapan luar
kepada mereka.

 

 

 

 Pelajar-pelajar
PMR dan SPM ini kebanyakkanya amat jatuh self esteem mereka, langsung
tiada jati diri dan kepuasan belajar, bukan kerana kemiskinan yang
mencengkam, tetapi juga kerana suasana kularga yang jauh porak
perandanya daripada marhain lainnya.

 

 

 

 Seorang peserta mengakui kepada saya di  dalam satu slot LDK, beliau menceritakan bahawa ibunya
adalah

India

yang beragama Islam, tetapi tidak memiliki kad pengenalan kerana ibunya
adalah anak pungut yang dipelihara oleh orang melayu. Bapanya tidak
bekerja sebaliknya bergantung penuh kepada ibunya yang menjual makanan
ringan di hadapan rumah. Bapa dan abangnya adalah penagih dadah yang
tegar…..telah beberapa kali keluar masuk pusat serenti. Wang zakat
tidak berguna kerana dimasukkan ke dalam akaun bapanya dan digunakan
sepenuhnya untuk dadah. Abgnya pula memerlukan RM 20 setiap hari untuk
ganja. Tetapi cita-citanya mulia….cita-citanya ingin menjadi pensyarah
Syariah…Pelajar perempuan yang gigih….Belajar bahasa Arab sendirian di
rumah…semata-mata ingin menjejakkan kaki ke UIA. Saya amat kesal kerana bukan seorang dua yang tidak dapat mengecapi wang zakat tetapi
hampir majoriti daripada mereka turut mengalami keadaan yang sama.

 

 

 

 Mangsa
penceraian akan terkontang kanting terus. Mereka kelihatannya tidak
akan sedih bila diungkit kesusahan bapa, tetapi berderai air mata
mereka bila disebut tentang keperitan ibu mereka. Kebanyakan daripada
mereka adalah mangsa penceraian. Bila bercerai, si bapa tidak pula
bekerja, sebaliknya menggunakan kesemua wang zakat yang diberikan.
Tidak pula menghulurkan nafkah. Kiranya isu nafkah adalah mainpoint
dalam setiap kali perbahasan…soal nafkah suami seolah menjadi suatu
yang remeh. Kehidupan seperti kucing jantan. Mengandungkan kucing
betina..dibiarkan si kucing betina membesarkan anak-anak yang ramai. Si
Ibu kebanyakkannya menanggung anak-anak yang hamper 10 orang. Saya
tidak dapat bayangkan bagaimana mereka boleh hidup sekeluarga dengan
pe4ndapatan ibu hanya sekadar RM 450 sebulan. Mereka terpaksa bekerja
tambahan selepas waktu persekolahan demi menampung pembelajaran
adik-adik yang masih kecil…..potensi minda mereka tersekat dengan
kesibukan bekerja tambahan…..

 

 

 

Mereka
tidak bodoh..tidak malas atau tidak jahat sebenarnya…mereka tidak
hendakkan apa-apa…mereka hanya hendakkan ayah yang penyayang, hendakkan
kepercayaan guru mereka dan kawan yang sejati….setiap kali
tangan-tangan fasilitator membelai rambut dan belakang mereka…setiap
kali itulah air mata mereka berderai….saya amat terkesan sekali…

 

 

 

 Saya
masih teringat dengan salah seorang peserta dimana minatnya pada nasyid
amat tinggi. Beliau mahir bermain hampir kesemua alat percussion. Saya
berjanji kepadanya akan mengajarnya bernasyid jika ada kesempatan ke
sekolahnya….beliau tinggal di rumah anak yatim dan ibunyalah yang
menjadi tukang masak di asrama. Apabila orang lain balik ke kampong,
beliau pula balik ke pangkuan ibunya iaitu di sebuah bilik pekerja di
asrama berkenaan. Kelihatan luarannya  agak kurang adab..tetapi amat menjaga solatnya….

 

 

 

Saya
melihat majoriti di kalangan peserta bukan mengalami kesusahan dari
segi materialnya sahaja tetapi turut mengalami situasi krisis ibadah
dan krisis solat yang teruk. Kelauarga yang jahil agama serta ada yang
melarang anak-anak bersolat pula….

 

 

 

Setiap
kali LDK kami akan berlinangan air mata bersama…..terasa amat bersyukur
dengan keluarga kami masing-masing berbanding dengan
peserta..kemiskinan menjadikan mereka amat jahil agama…walaupun ada
yang berminat tetapi dihalangi dengan segala aspek social. Saya amat
berhati-hati bercerita agar tidak terlalu menceritakan kejayaan hidup
kami, kesenangan kami,

gaya

masyarakat
elektronik atau terlalu berbanding-banding mereks dengan golongan lain
yang berjaya..kerana insaf mereka amat kekurangan kemudahan dan suasana
bahagia…mereka akan menangis bila dibandingkan dengan yangt
lain….tetapi hairan..guru-guru merek menuduh mereka keras
kepala..kurang ajar dan biadab..tapi di depan kami..mereka inginkan
tangan yang membelai….

 

 

 

Kami
membuat kesimpulan..kehancuran keluarga selain daripada kemiskinan
adalah disebabkan solat tidak dijadikan resepi utama dalam
keluarga….dalam 10 adik beradik didapati hamper separuh yang tidak
bersolat termasuk ibu dan bapa….moga mereka dilindungi daripada
kesombongan disamping kemiskinan mereka..kerana Allah tidak akan
memandang golongan ini….pentingnya ibu dan bapa mendidik anak-anak
dengan solat..bukannya sekadar menekan tentang kecemerlamngan dalam
peperiksaan mereka….saya melihat satu-demi satu masalah mereka yang
sebenarnya berpunca daripada penegasan solat yang longgar di kalangan
ibu bapa…..

 

 

 

Teringat
saat memberi kuliah maghrib kepada mereka saban hari….tergelak jugak
kerana kena buat sendiri praktikal ibadah sepanjang kuliah tu…rasanya
manis memberi ilmu kepada golongan yang tagihkan ilmu agama…daripada
memebri kepada yang memandang rendah kepada ilmu Allah….

 

 

 

Dakwah
secara ’short term’ sebenarnya pada saya kerap kali mereka terima.
Arahan bersolat dan saranan agar menutup aurat selalu sekali mereka
dengar di sekolah…..tetapi mereka sebenarnya memerlukan suatu yang
lebih besar cangkupannya iaitu dakwah secara jangka masa
panjang…..kerap kali cita-cita dipandang sebagai pekerjaan yang akan
dijawat oleh setiap pelajar sekolah..Tetapi mereka ini  hampir
tiada cita-cita melainkan keluar daripada kesempitan hidup….Saya
tegaskan kepada mereka bahawa cita-cita mereka adalah menjadi manusia
berguna..Berguna untuk ibu mereka….kerana jika sebagai doctor menjadi
cita-cita mereka…selepas menjadi doctor apa pula cita-cita
mereka?….kami tekankan bahawa solat adalah kunci utama bagi mereka
mengejar cita-cita…..mereka mengalami krisis pengabaian guru  di
dalam kelas sehingga ramai yang tidak tahu mandi hadas sekalipun…..bagi
saya ini adalah jihad..ini adalah sabilillah…berstrukturkan konsultan
akdemik….saya dan rakan-rakan akan terus memberi kesih sayang kepada
pelajar-pelajar melayu Islam..Yang diboikot oleh guru disiplin
mereka..Yang tidak pernah dicium oleh ibu-bapa mereka……dan rasanya
kasih sayang yang kami beri lebih mahal daripada bayaran yang kami
terima……

 

 

 

Semuanya untuk Islam…..

 

 

 

Muhammad Nuruddin Bashah.

 

11/6/2006

 

Kuala Lumpur

 

Jurulatih Harmony Excellence Consultancy

Comments 2 Comments »