RAHSIA DIRI
ANDA DAN SI DIA BERDASARKAN ZODIAK
Nota “Rahsia Diri……”
ini memuatkan fakta , di antara lain; tentang ciri positif, ciri negatif,
penampilan diri, kegemaran, kesesuaian warna dan bau – bauan, gelagat pergaulan,
kerjaya dan rumah tangga. Walaupun sebuah ‘nota’, iaitu panjangnya kurang
daripada 40 muka surat quarto, namun penulisan ini disempurnakan setelah melalui
penyelidikan khas kira – kira dua tahun. Ia termasuk pembacaan, uji selidik
terhadap sekumpulan orang, pemerhatian, pergaulan, perbualan dan pengalaman.
Sebenarnya masa, tenaga dan pemikiran semasa menyusun nota ini mungkin lebih
daripada harga nota yang dinyatakan. Namun saya berasa puas apabila nota ini
anda miliki dan membacanya. Lebih menggembirakan saya jikalau didapati 70
peratus daripada fakta yang dicatatkan bertepatan dengan diri dan peribadi anda
selama ini.Ini suatu kepuasan bagi saya!
Dengan memiliki dan
membaca nota ini, anda bukan saja dapat mengetahui ‘rahsia’ diri anda sendiri
tetapi juga dapat mengetahui ‘rahsia’ orang lain, berdasarkan tarikh lahir ’si
dia’. Sebagai panduan umum, dalam nota ini, kawan/pasangan yang dinyatakan
adalah berdasarkan dua/tiga zodiak yang sesuai , dan dua / tiga zodiak yang
tidak sesuai.Walau bagaimana pun, zodiak yang dinyatakan sebagai “tidak sesuai”
dalam nota ini bolehlah dianggap sesuai pada tahap ‘sederhana / biasa’ dengan
diri anda.
Seterusnya, mungkin
ada pihak yang mengatakan bahawa nota ini semacam usaha ‘menilik nasib‘ , walhal
menilik nasib adalah suatu amalan yang ditegah dalam Islam. Tetapi jangan kita
lupa, kita hanya mampu merancang; tetapi Allah s.w.t. yang akan
menentukannya.Jadi , salahkah kita mengkaji pelbagai gelagat manusia berdasarkan
tarikh lahirnya. Sedangkan usaha ini sejajar dengan hakikat bahawa manusia
dijadikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk, rupa, warna kulit, saiz, perangai,
kegemaran, pembawaan (ketrampilan), dan perasaan? Sudah tentu tersembunyi 1001
jawapan (rahsia) yang cuba dibongkarkan dalam nota in. Saya mengucapkan ribuan
‘Terima Kasih’ kerana anda sudi menghubungi saya untuk memiliki nota yang tidak
sepertinya ini.Wassalam…..
ARIES :
YANG PENUH DAYA TARIKAN
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh
antara 21 Mac hingga 20 April
dikatakan bernaung di bawah zodiak Aries, yang berlambang
Biri-biri Jantan.
Dengan yang demikian , anda seorang yang berani, yakin,
inisiatif, mengutamakan tindakan , ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada
daya juang, dan pencipta nasib.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda
ini terlalu pemikir , ada
kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan , agresif, hasil kerja
tak sempurna, dan ada kelemahan.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori
kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan
setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain
anda ialah CAPRICORN,
CANCER dan
LIBRA.
ARIES SEPINTAS LALU
| Lambang | Biri-biri Jantan |
| Kunci Kata | Diri Sendiri |
| Kekuatan | Wira Cabaran |
| Perlu Perbaiki | Rasa Terlalu Pemikir dan Menghargai Perasaan Orang Lain |
| Cepat Mesra Dengan | Leo |
| Perlu Belajar Daripada | Libra |
| Untuk Keselamatan Berpaling Kepada |
Cancer |
| Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh |
Capricorn |
| Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh |
Sagittarius; Pisces |
| Warna Kesukaan | Merah Gincu (carmine); Merah; Merah Marah |
| Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni |
Hijau; Hijau Jed |
| Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri |
Hijau |
| Batu Permata | Jed |
| Logam | Besi; Waja |
| Bau-bauan | Bebuas; Bukit |
| Hari Terbaik | Selasa |
ARIES :
GELAGAT PERHUBUNGAN
Aries
punya daya pesona yang tinggi. Dalam pergaulan , anda kelihatan lincah, pintar,
berkeperibadian kuat dan teman bual yang mengasyikan. TAURUS ( 21
April – 20 Mei ) , GEMINI
( 21 Mei – 20 Jun ) dan AQUARIUS ( 20
Januari – 18 Febuari ) adalah kekasih yang tepat
bagi Aries. Sebaliknya, anda perlu berhati – hati apabila berkasih dengan CAPRICORN (21
Disember – 19 Januari) atau CANCER (21 Jun
– 20 Julai).
Taurus
yang matang adalah pendamping yang tepat bagi Aries . Dengan sikapnya yang
tenang; Taurus yang berlambang Lembu Jantan , mampu menundukkan Biri – biri
Jantan (Aries ) yang tidak mahu duduk diam. Gemini juga boleh menjadi kekasih
yang ideal bagi Aries . Kebetulan Gemini dan Aries mempunyai banyak persamaan,
iaitu aktif , cerdas dan bijak. Dengan kematangannya , Aries boleh mengendali
kekurangan Gemini. Di samping Aquarius , Aries mampu mengecapi bahagia. Aries
tidak mempersoalkan sifat kekasih yang romantik seperti Aquarius. Sebaliknya
kecerdasan Aquarius menjadi daya tarikan yang kuat buat Aries.
Capricorn bukan pula pasangan yang ideal bagi Aries yang aktif dan terbuka.
Sifat Capricorn yang konservatif dan tertutup boleh membosankan anda . Namun ,
Capricorn setia orangnya ! Sebaliknya , anda sukar berdamping dengan Cancer yang
sensitif. Apabila anda tersalah cakap , Cancer mungkin murung berterusan. Walau
bagaimana pun , Cancer jujur dan pelindung orangnya.
ARIES :
KERJAYA DAN KEWANGAN
Kelahiran berlambang Aries ini sentiasa bercita – cita
merintis kerjaya sendiri daripada hanya bekerja dengan majikan. Walau bagaimana
pun , Aries jarang menyelesaikan projek hingga ke penghasilan yang memuaskan !
Namun , pada jangka pendek , tiada siapa yang mampu mengatasi daya rintis Aries. Lantaran itu ,
supaya berhasil ke puncak kerjaya , orang Aries perlu memperbaiki kualiti
pengurusan dan pentadbiran pada jangka panjang.
Pada umumnya , Aries
mementingkan tindakan , dan pemantauan daripada mencari dan mengumpulkan wang
semata – mata. Orang yang kelahiran Aries biasanya pekerja yang kuat dan rajin
dan anda mampu memperolehi banyak wang kerana kekuatan tenaga dan pemikiran.
ARIES :
KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Orang yang berlambang Aries adalah raja dalam rumah ( bos )
! Lelaki Aries akan menyerahkan tugas hal – ehwal dalam rumah tangga kepada
pihak perempuan ( isterinya ). Manakala perempuan Aries pula akan cenderung
untuk memerintah !
Aries gemarkan keluarga yang besar dan memerlukan peranan setiap ahli
keluarganya . Dalam hal ini, Aries adalah orang keluarga yang baik walaupun anda
tidak semestinya suka terperap (terpenyap) di dalam rumah !
Aries sukakan
kanak – kanak dan sebenarnya lembut dan mesra dengan pasangannya. Pada
keseluruhannya , Aries suka pulang ke rumah setelah bekerja lama dan kuat di
luar rumah.
Entries (RSS)
:D…
gmn hari cinta aqu hr iniii
dheeneey
gmn aries skrg??
banyak yg cocok tuchhhh
mana ada aries ska memerintah suami.aries baik ape…..???
btl2 aries memang baik apa……