RAHSIA DIRI ANDA DAN SI DIA
BERDASARKAN ZODIAK
Nota “Rahsia Diri……” ini memuatkan
fakta , di antara lain; tentang ciri positif, ciri negatif, penampilan diri,
kegemaran, kesesuaian warna dan bau – bauan, gelagat pergaulan, kerjaya dan
rumah tangga. Walaupun sebuah ‘nota’, iaitu panjangnya kurang daripada 40 muka
surat quarto, namun penulisan ini disempurnakan setelah melalui penyelidikan
khas kira – kira dua tahun. Ia termasuk pembacaan, uji selidik terhadap
sekumpulan orang, pemerhatian, pergaulan, perbualan dan pengalaman. Sebenarnya
masa, tenaga dan pemikiran semasa menyusun nota ini mungkin lebih daripada harga
nota yang dinyatakan. Namun saya berasa puas apabila nota ini anda miliki dan
membacanya. Lebih menggembirakan saya jikalau didapati 70 peratus daripada fakta
yang dicatatkan bertepatan dengan diri dan peribadi anda selama ini.Ini suatu
kepuasan bagi saya!
Dengan memiliki dan membaca nota ini,
anda bukan saja dapat mengetahui ‘rahsia’ diri anda sendiri tetapi juga dapat
mengetahui ‘rahsia’ orang lain, berdasarkan tarikh lahir ’si dia’. Sebagai
panduan umum, dalam nota ini, kawan/pasangan yang dinyatakan adalah berdasarkan
dua/tiga zodiak yang sesuai , dan dua / tiga zodiak yang tidak sesuai.Walau
bagaimana pun, zodiak yang dinyatakan sebagai “tidak sesuai” dalam nota ini
bolehlah dianggap sesuai pada tahap ‘sederhana / biasa’ dengan diri anda.
Seterusnya, mungkin ada pihak yang
mengatakan bahawa nota ini semacam usaha ‘menilik nasib‘ , walhal menilik nasib
adalah suatu amalan yang ditegah dalam Islam. Tetapi jangan kita lupa, kita
hanya mampu merancang; tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukannya.Jadi ,
salahkah kita mengkaji pelbagai gelagat manusia berdasarkan tarikh lahirnya.
Sedangkan usaha ini sejajar dengan hakikat bahawa manusia dijadikan oleh Allah
dalam pelbagai bentuk, rupa, warna kulit, saiz, perangai, kegemaran, pembawaan (ketrampilan),
dan perasaan? Sudah tentu tersembunyi 1001 jawapan (rahsia) yang cuba
dibongkarkan dalam nota in. Saya mengucapkan ribuan ‘Terima Kasih’ kerana anda
sudi menghubungi saya untuk memiliki nota yang tidak sepertinya ini.Wassalam…..
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara
23 September hingga 22 Oktober
dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang
Alat Penimbang (Dacing).
Dengan yang demikian, orang yang berzodiak Libra biasanya
berciri–ciri harmoni, seimbang, gemarkan perkahwinan, sukakan perhubungan, mengutamakan kesamarataan, pakatan, diplomasi, berseni, suka membantu,
sentiasa dalam keadaan ceria, dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan
keadilan.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap
bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang tegas, atau tindakan kurang
seimbang.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif (berprinsip
memulakan sesuatu). Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk merangsang dan
memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori
kardinal selain anda ialah
ARIES,
CANCER
dan
CAPRICORN
LIBRA
SEPINTAS LALU
| Lambang | Dacing |
| Kunci Kata | Perhubungan |
| Kekuatan | Kesinambungan; Kehalusan |
| Perlu Perbaiki | Rasa Diri |
| Cepat Mesra Dengan | Aquarius |
| Perlu Belajar Daripada | Aries |
| Untuk Keselamatan Berpaling Kepada |
Capricorn |
| Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh |
Cancer |
| Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh |
Gemini; Virgo |
| Warna Kesukaan | Biru; Hijau Jed |
| Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni |
Merah Gincu; Merah; Merah Marah |
| Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri |
Merah Perang; Ungu; Ungu-Merah |
| Batu Permata | Kemerah-merahan; Merjan; Zamrud |
| Logam | Tembaga |
| Bau-bauan | Mawar; Badam; Vanila |
| Hari Terbaik | Jumaat |
LIBRA: GELAGAT PERHUBUNGAN
Libra sukar benar untuk membuat
pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu – ragu. Anda seorang yang
gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan – kawan anda yang dapat
anda percayai.
Keadaan yang sama berlaku dalam soal
anda mencari kawan yang dapat anda jadikan kekasih anda… Akibatnya , anda
berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan
seseorang yang sesuai anda yakini.
Libra juga menampilkan sifat yang
agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan anda. Misalnya
, pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda
kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa
menjaga perbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.
Pendamping yang ideal buat Libra ialah
Taurus (21 April – 20 Mei) dan LEO (21 Julai – 21 Ogos ). Sebaliknya, hubungan anda dengan ARIES (21 Mac – 20 April) dan GEMINI (21 Mei – 20 Jun) didapati kurang sesuai .
Taurus
yang matang dan sabar sangat
diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan .
Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra .
Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang – nimbang sesuatu keputusan
dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.
Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada
kawan/pasangannya sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya
suka menimbang–nimbang dan sentiasa ragu–ragu itu. Lagipun, Aries sukakan
keputusan yang cepat, sedangkan Libra sememangnya agak lambat dlm memberi keputusan.
Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang ideal bagi anda. Sifat Gemini yang cepat
bosan dan sering berubah–ubah itu sememang sukar di ‘pegang’ memungkinkan anda cepat berasa kecewa.
LIBRA: KERJAYA & KEWANGAN
Di khalayak ramai, orang berlambang Libra ini adalah pembela. Kawan atau kenalannya adalah
merupakan ‘ahli keluarga’ nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.
Dalam hal mengembangkan bakat, Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas (terbuka). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping
kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.
Namun, Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra, hati dan perasaan kawan atau orang
sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada
dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan
menyara keluarga atau kawan.
Mungkin dengan sebab yang demikian, Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang
seumpamanya. Di samping, Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, “wang senang
datang dan senang pula pergi”.
LIBRA: KELUARGA DAN
RUMAH TANGGA
Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus, bersih dan kemas tetapi
agak malas mengemas sendiri. Beban rumah tangga katanya.Apabila termampu,
Libra rela mengupah orang lain untuk mengemaskan rumahnya. Namun, Libra gemar
berkebun dan menggemari bunga dan pokok di dalam rumah. Sesuai dengan sikap
Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti, dan sering saja Libra membiarkan
anak–anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun, kebebasan
anak–anak perlu ada batasannya, betul tak Libra ?
Entries (RSS)
hampiir bener bangeett..
Right ! Libra is The BEST . . . . !!!
ya emang betul apa yang dikatakan kalau libra lebih peka terhadap orang sekitar n libra is the best my zodiac
i love liBra!!!!!!!!
ya memeng bener apa yang di katakan oleh libra!!!…sangat terkait banget dengan apa yg ada dalam diri aku…bagiku libra my zodiac is the best,,,
Libra itu hidup tertindas, karena lebih mengutamakan perasaan orang lain dari pada diri sendiri, lebih menjaga perasaan orang lain, dari pada perasaan sendiri. Dan nggak tega untuk melukai orang lain, dan lebih milih hati sendiri yg sakit . . .Dan itu yang terjadi pada saya. Pasangan saya yang dulu berzodiak Taurus memang lebih saya cintai dari pada yang lalu dan sekarang . . .
Libra the best!
LIBRA …………..
I LIKE U …
keren bgt toe
yuup .. right !!
yupz… menurut saya bagus juga tu… emang orang yang berzodiak libra itu sangat flexibel.. hooo
libra the best
yaaaaa,,, kekasih ku pny lambang dacing ne…. tp aq ne gemini…aduh hancur aq….. ku akui libra is the best zodiak….
gmn jk psngan sy libra jg…????pa yg kan tjd….???
emang bener sih apa yang dikatakan oleh libra
yata n benar-benar real gitu Libra emang hebat yah
bener semua kaya’ nya… tp masalah jodoh kaya’nya kurang setuju…
coba lebih detail lg dong…