RAHSIA DIRI
ANDA DAN SI DIA BERDASARKAN ZODIAK

Nota “Rahsia Diri……”
ini memuatkan fakta , di antara lain; tentang ciri positif, ciri negatif,
penampilan diri, kegemaran, kesesuaian warna dan bau – bauan, gelagat pergaulan,
kerjaya dan rumah tangga. Walaupun sebuah ‘nota’, iaitu panjangnya kurang
daripada 40 muka surat quarto, namun penulisan ini disempurnakan setelah melalui
penyelidikan khas kira – kira dua tahun. Ia termasuk pembacaan, uji selidik
terhadap sekumpulan orang, pemerhatian, pergaulan, perbualan dan pengalaman.
Sebenarnya masa, tenaga dan pemikiran semasa menyusun nota ini mungkin lebih
daripada harga nota yang dinyatakan. Namun saya berasa puas apabila nota ini
anda miliki dan membacanya. Lebih menggembirakan saya jikalau didapati 70
peratus daripada fakta yang dicatatkan bertepatan dengan diri dan peribadi anda
selama ini.Ini suatu kepuasan bagi saya!
 

Dengan memiliki dan
membaca nota ini, anda bukan saja dapat mengetahui ‘rahsia’ diri anda sendiri
tetapi juga dapat mengetahui ‘rahsia’ orang lain, berdasarkan tarikh lahir ’si
dia’. Sebagai panduan umum, dalam nota ini, kawan/pasangan yang dinyatakan
adalah berdasarkan dua/tiga zodiak yang sesuai , dan dua / tiga zodiak yang
tidak sesuai.Walau bagaimana pun, zodiak yang dinyatakan sebagai “tidak sesuai”
dalam nota ini bolehlah dianggap sesuai pada tahap ‘sederhana / biasa’ dengan
diri anda.
 

Seterusnya, mungkin
ada pihak yang mengatakan bahawa nota ini semacam usaha ‘menilik nasib‘ , walhal
menilik nasib adalah suatu amalan yang ditegah dalam Islam. Tetapi jangan kita
lupa, kita hanya mampu merancang; tetapi Allah s.w.t. yang akan
menentukannya.Jadi , salahkah kita mengkaji pelbagai gelagat manusia berdasarkan
tarikh lahirnya. Sedangkan usaha ini sejajar dengan hakikat bahawa manusia
dijadikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk, rupa, warna kulit, saiz, perangai,
kegemaran, pembawaan (ketrampilan), dan perasaan? Sudah tentu tersembunyi 1001
jawapan (rahsia) yang cuba dibongkarkan dalam nota in. Saya mengucapkan ribuan
‘Terima Kasih’ kerana anda sudi menghubungi saya untuk memiliki nota yang tidak
sepertinya ini.Wassalam…..

PISCES :
YANG SENSITIF

Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara
19 Febuari hingga 20 Mac
dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang

ikan.
Anda
mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham,
memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik,
beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak
mudah mengaku kalah.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru,
bersalah, mudah mengaku kalah - diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam
penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah
mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan
kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal.
Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah

GEMINI, VIRGO
dan SAGITTARIUS.

PISCES
SEPINTAS LALU

 
   
      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

   

      

      

   

 

Lambang Ikan
Kunci Kata Cinta
      Sejagat
Kekuatan
      Penerimaan dan Persefahaman
Perlu Perbaiki
      Penumpuan
Cepat Mesra Dengan Cancer
Perlu Belajar Daripada Virgo
Untuk Keselamatan
      Berpaling Kepada
Gemini
Kerjaya Boleh Dipergaruhi
      Oleh

      Sagittarius
Perkara Kerohanian Mudah
      Dibantu Oleh

      Aquarius dan/atau Scorpio
Warna Kesukaan
      Akuamarin dan/atau Hijau-Biru
Warna Yang Membuahkan
      Cinta, Asmara Dan Harmoni
Batu
      Tanah; Kuning;Oren-Kuning
Warna Yang Menampilkan
      Kehebatan Diri
Merah;
      Ungu
Batu Permata Permata
      Putih
Logam Bijih
      Timah
Bau-bauan Teratai
Hari Terbaik Khamis

PISCES :
GELAGAT PERHUBUNGAN
 

Dalam pergaulan,
cita rasa Pisces mudah berubah – ubah. Ini mungkin
membingungkan orang sekitarnya. Pisces seorang sensitif ! Tersinggung sedikit
cepat menanggis. Anda mudah cemburu tetapi anda hangat dan romantik. Anda akan
berusaha menyenangkan kawan atau kekasih. Pisces suka pada pujian dan
mengharapkan ungkapan cinta daripada kekasih. Justeru itu, seseorang yang
berkeperibadian kuat adalah pendamping yang tepat untuk anda.
 

TAURUS
( 21 April – 20 Mei)
yang pendiam tetapi mantap, sesuai untuk Pisces. Sikap Taurus yang dewasa,
bersikap melindungi , akan mententeramkan hati Pisces yang sensitif ini.

CANCER ( 21 Jun – 20 Julai
)
yang matang dan gemar melindungi, juga
diidamkan Pisces.Pasangan Cancer dan Pisces akan senada seirama lantaran kedua –
duanya sama – sama berpandangan kolot.


Sebaliknya,
ARIES ( 21 Mac – 20 April
)
bukan teman yang tepat untuk Pisces. Lagak
cakap Aries yang terlalu becok menyukarkan anda yang sensitif. Aries juga banyak
meminta – minta buat anda.
GEMINI
( 21 Mei – 20 Jun )
juga
bukan ideal anda. Sifatnya yang pembosan dan kerap berubah – ubah boleh
menyebabkan anda tersinggung.

PISCES :
KERJAYA DAN KEWANGAN


Kelahiran Pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai.
Kerjaya yang banyak cabaran juga bermaksud anda perlu banyak belajar, merantau ,
dan menimba pengalaman di mana – mana. Sikap penyayang menjadikan kerjaya kelahiran Pisces sebagai doktor, jururawat atau guru.Walaupun kerjaya
anda memang menjamin pendapatan yang cukup lumayan tetapi wang bukanlah segala –
galanya. Pisces cenderung menjadi pemurah jika mempunyai lebihan wang untuk diri
dan keluarga.

PISCES :
KELUARGA DAN RUMAH TANGGA


Dalam kehidupan keluarga dan rumah tangga kelahiran Pisces
ini perlu melakukan lebih banyak komunikasi lisan. Anda tidak suka dikongkong,
sebaliknya inginkan kebebasan.

Pertukaran idea dan pendapat yang tidak emosional dan tenang,
memanfaatkan orang lain. Pisces menggemari persekitaran rumah tangga yang mampu
membuahkan kepentingan intelek dan minda. Pisces suka melayan jiran sebagai
keluarga. Keseluruhannya, demi keharmonian diri, keluarga dan jiran, anda
perlukan keseimbangan antara layanan emosi dan layanan intelektual, atau antara
keluarga dengan jiran.

Leave a Reply