Archive for August, 2006
Posted by: send-er in Umum
Semalam aku melihat buku palestin menangis. semalam juga sorang imam dr masjid aqsa bg ceramah. semalam hari ini dan esok tidak akan sama. risau dan sedih jika esok melayu menangis
kata laksamana hang tuah "takkan melayu hilang di dunia"
kata tun dr mahathir "melayu mudah lupa"
No Comments »
Posted by: send-er in Umum
Dapatkan 50% diskaun bil tertunggak! Sah dari 1 September - 15 September 2006 Sahaja
Inilah yg dicetak kat resit bil yg aku baru dapat. Alahai PKNS ko nk galakkan org tak nak bayar bil yer..
Yg xde bil tetunggak rase nak cekik2 jer… Yg ade bil tetunggak plak senyum lebar ler..kalu banyak yg tetunggak lg hepi..
ape lah tujuan sebeno ngko buat macam ni yer.. pasal merdeka ke..?? kan bagus kalu sume xpayah bayar bil. ini ngko bg kat sesape yg ade bil tetunggak jer..
mancis betul la..
No Comments »
Posted by: send-er in Lelaki
Subject: jgn lupa pada ayah Date: Sat, 19 Aug 2006 10:37:20 +0800
> Salam kepada semua, > > System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara > tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to > me > last nite kat ofis. > > Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duk > lepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age > dalam 50+ > tapi still kuat coz dia dulu secret service utk
kerajaan Sarawak. Body > guard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat > floor > nih. Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa. Then suddenly dia > tanya > gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit > > lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak > duit > ker…) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada… > bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku - aku > > only > kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute > la > duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya). Then dia tanya > lagik. > > Aku pon slowwwwwwww jer jawab… tak. Dia pon cakap kenapa tak and aku > pon > explain la why. Then dia cerita, "u tau ka, bila u kasik sama u punya > bapak, dia punya rasa lain u tau ka… Saya sbg
bapak aaa, bila anak > kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain." aku pon dengar > jer la… then mata dia berair… Dia kata bila anak dia kasik duit > dekat > dia, "I felt like im flying in the sky!" Masa dia cerita tu, siap dia > cakap > "sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu > macam laaa…" Aku pon teros tingat kat bapak aku. Tho dia masih ada > and > still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk > kat > dia. Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat > kat > bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik > > duit kat aku masa aku > belajar. > > Skang aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat > dia. Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tgk > kat > mata aku and cakap "u kasik u punya mak, lain
cerita. tapi kalau u > kasik u > punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya mula dapat wang dari > anak > aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! > Itu > malam saya tableh tido. U ada wang, u kasik la sama u punya bapak > direk. > Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup." > > Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku > dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih. Yg pertama, walau > siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita. Kadang-kala, > nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah > bapa > anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat > banyak, sedikit pon tidak > > mengapa. > > Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Peluk > erat dan berikan satu
senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, > hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah > dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama > para mukminin.
1 Comment »
Posted by: send-er in Remaja
Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain,
berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.
"Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang.
Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.
Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hati saya berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.
Dan ketika saya di JB,saya bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir saya ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.
Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".
"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang saya mengetahui bahawa dia juga sedang mencari
lelaki yang sempurna".
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? … .
~Nobody’s perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita,kerana belum tentu nanti kita mendapat yang lebih baik dari yang sekarang yang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain??Dan yang paling penting dalam mencari teman hidup carila sebagaimane yg dianjurkn dlm agama,InsyaAllah bahagia..~
No Comments »
Posted by: send-er in IbuBapa
Dua perkara pokok diperlukan:
- Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk.
- Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai
asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai
Khalifah Allah.
Dengan
menggabungkan kedua-dua aspek ini ibu bapa akan dapat membentuk anak-anak yang akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan insan yang cemerlang di akhirat.

Apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan keperibadian?
Faktor utama yang menentukan keperibadian seseorang ialah faktor persekitaran.
Tiga faktor persekitaran yang mempengaruhi keperibadian individu:
- persekitaran fizikal
- persekitaran sosial
- kata hati (inner speech)
Satu faktor dalaman yang bertindak sebagai penapis ialah PERSEPSI.
- Persekitaran fizikal (Prasarana dan kemudahan awam)
- Persekitaran sosial (Komunikasi interpersonal)
- perhubungan sesama manusia
- ibubapa
- keluarga
- rakan
- guru
- orang sekeliling
- perisian perkara-perkara yang dicipta oleh manusia

- Kata hati
- Adalah perkara-perkara yang kita kata kepada diri kita sendiri.

- Kata hati berperanan untuk menentukan tindak-tanduk individu.
- Ia terbentuk melalui pengalaman dari pembelajaran masa lampau dan menentukan persepsi mengenai sesuatu perkara.
- Ia memain peranan yang besar di dalam membezakan antara baik dan buruk.

PERSEPSI
atau TANGGAPAN
- Persepsi mentafsirkan sebarang maklumat yang diterima dan bertindak sebagai penapis.
- Persepsi
setiap individu berbeza kerana ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran
(fizikal, sosial dan kata hati) dan Pembelajaran Masa Lampau (PML)
individu berkenaan.
Contoh perbezaan persepsi tentang rokok:
- Pada orang yang merokok, rokok dianggap nikmat, bergaya dan berstatus
- Pada yang tak merokok, rokok dianggap busuk, berpenyakit dan membazir
- Di dalam membesarkan anak-anak ibu bapa perlu wujudkan PERSEPSI Islam.
Ibu bapa perlu pastikan supaya pembelajaran masa lampau (PML) anak-anak adalah positif:
- Perwatakan seseorang bergantung kepada jenis pendedahan yang mereka terima sama ada berunsur positif atau negatif.
- Setiap pendedahan ini akan tertanam di dalam pemikiran mereka sebagai pembelajaran masa lampau.
- PML
menentukan perwatakan kanak-kanak dan PML dipengaruhi oleh 3 faktor di
mana faktor manusia dan kata hati adalah sangat penting.
- PML akan menentukan keperibadian, pemikiran, tindak-tanduk, dan segalanya tentang siapa kita.
- Yang kita hendak sasarkan adalah PML yang positif supaya anak kita menjadi insan yang cemerlang.
Matlamat kita sebagai ibu bapa adalah untuk membentuk keperibadian positif dalam anak-anak.
Contoh keperibadian positif:
- Kasih pada Allah
- Kasih sesama manusia
- Hormat-menghormati
- Bertimbang rasa
- Bersopan
- Tidak bergaduh sesama saudara
- Rajin belajar
- Istiqamah di dalam sesuatu pekerjaan
sumber: http://islamic-world.net/mkc/p_book1.htm
No Comments »
Posted by: send-er in My Story
Pujian.. kau melemahkan jiwa.. yg keras menjadi cair.. yg kudup kan berkembang.. yg memutik kan memekar..
Oh ibu dan ayah pujilah anak-anak mu.. agar lali dengan pujian.. agar tak digoda dengan pujian.
Yg mana kacak yg mana cantik.. yg mana alim yg mana bijak.. yg mana cerdas yg mana cergas.. pasti ada kelebihan diri.
alahai ibu dan bapa.. pujian bukan pd paras sahaja.. tingkah dan laku harus dipuji juga.. Bahagia anak2 mu bahagia mu jua.
Oh teman-teman.. jangan pujian kau jadikan penggoda.. untuk memikat sesiapa sahaja.. agar tidak dihanyut dunia.
Segala pujian hanya untuk-Nya Janganlah AKU mudah terpesona.
=========================================== Devotees - Tika Dinihari ===========================================
Oh Tuhanku Tiada indah di malam yang hening Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu Tiada indah suatu hari yang aku lalui Kecuali dengan patuh kepada-Mu
Oh Tuhanku Tiada indah hidup di dunia Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu Tiada indah tiba di akhirat yang abadi Kecuali dengan keampunan-Mu
Ya Allah Tuhanku Yang merubah kalbu Tetapkanlah hatiku Moga sentiasa dalam agama-Mu Jua taat akan perintah-Mu
Tuhan Usah bebankan kami Dengan bebanan yang berat Seperti yang pernah Kau berikan Kepada umat terdahulu dari kami
Tuhan Jangan pikulkan kami Yang tidak kami terdaya Maafkan salah kesilapan Ampunkanlah dosa-dosa Rahmatilah kami
No Comments »
Posted by: send-er in My Story
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1 Comment »
Posted by: send-er in Umum
Assalamualaikum, I feel it’s good to relay to everyone kisah benar yang saya
lalui.
Baru-baru ni ketika saya nak ke surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang
Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan
senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pakcik berjanggut
putih dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan
seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pakcik itu memulakan perbualan. Beliau cakap
dalam bahasa Melayu dan Inggeris (speaking landon lagi) yang agak baik. Beliau
cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’
betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau
juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia
juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.
Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka
pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan
itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pakcik. Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik tu
cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.
Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang
betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena
kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada
surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul
dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’.
Betul juga, fikir saya.
Kemudian,
pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya,
mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada
ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan
sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam mesti kuat
supaya betapa banyak sekalipun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa.
Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi
hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata
pakcik.
Ketiga, kuat fizikal. Pertama-tama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak
masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh
badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang,
katanya.
Habis saja pakcik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri
dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut. Terima kasih kepada
pakcik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang
lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan. Terpulang kepada anda untuk
menerimanya atau tidak.
———————————————
copy from emel
No Comments »
Posted by: send-er in My Story
aku punya teman teman dipermainkan kemana ada aku selalu ada dia
dia amat berguna.. dan senang dibawa dia selalu ada waktu untuk membantuku
namun aku bingung ketika dia sudah rosak dan dia juga katakan takkan membantu ku utk selamanya
reff:
cukuplah saja berteman denganku janganlah kau meminta lebih ku tak mungkin mencintaimu kita berteman saja teman tapi mesra
aku memang suka pada dirimu namun aku ada yg punya lebih baik kita berteman kita berteman saja teman tapi mesra
No Comments »
|