Archive for September, 2006
Posted by: send-er in My Story
Lebih 1 tahun dah aku jadi member ********* reload card. 1st
time aku join dulu tak penah nye bejaya. Tapi kali ni aku join semula dan aku
tau ape yg aku buat kali ni.
Memula dulu (yg 1st jd member) aku tepengaruh utk jadi kaya la kot..hahaaa..ye
laa..manusia ni memang tamak nk wat camne..temasuk la aku ni yg nak jadi kaya…
Korang nk kaya tak.?? (makan roti ngan kaya pun sodap..). So, pening skit la
memula dulu nk join ke tak..join tak join tak. Aku tanye roomate aku camne kalu
aku join. Roomate aku ni pulak jenis yg tak kisah..(bukan Aiman ekk..). Aku pun
dok la pung pang pung pang terang kat dia.
Pastu aku tanye dia, "kalu aku join membership ok tak?"
Pastu dia jawab "OK je.." hwahwahaahhaa..
Member aku nih memang tak mudah tepengaruh ngan mende2 mcm nih.Tp tak la pulak
dia kata tak elok.
Esok nye aku call bakal leader aku. Esok tu jugak aku jadi member.Ok lah, tutup
cite kegagalan aku nih..Pendekkan cite aku tak penah nye untung n kaya..hahaaa…cobaan..(Allah
yg bagi rezeki tp kita kene la cari rezeki tu..)
Cubaan kali ke-2 aku. Aku join semula dan register membership. Mac 2005 bermula
la episod baru aku join semula ********* (topup kad ni laa) dengan
matlamat yg lain pulak.Tujuan aku kali ni bukan nk jadi kaya, tapi asalkan aku
mampu beli kaya untuk disapu pada roti..huhuuu..nyum!!2x
Kenape mesti aku bayar lebih?? Wat pe aku abiskn duit yg banyak utk topup aku
nih? ermm.. memandangkan aku ni org miskin, so aku kene la bejimat. Aku tak nak
abiskan banyk duit aku kat h/phone.Sekarang ni..aah sekarang nih..aku masih xde
lagi downline..Aku tak kisah itu sume. yg penting aku nk kurangkan duit aku yg
abis ke topup nih..(baru aku tau penangan guna h/phone nih..)
Aku jadi member topup kad nih kpd sebuah company MLM (Multi Level Marketing).
Macam2 cite dah org dok cakap. Terpulanglah kepada penilaian memasing. Mane yg
elok kita pakai, tak elok kita pokai. Termasuklah yg aku join nih. Aku pun kene
gak..
Antara ayat yg bes/alkali aku kene "join MLM ni banyak makan ‘duit’ dari org
bawah(downline) yg ditaja..bukan dapat dari ape yg dijual.."
Terkedu gak aku…tp kalu nengok org yg join mlm tu kejenya siang malam pegi
sana pegi sini..makan angin negeri org..balik semula..keluar bandar masuk
kampung..(kat kg aku pun dah ade..) Sekarang nih dah banyak yg guna saluran
internet.Malas nk pegi kedai beli kaya pastu nk makan kaya.Boleh gak kalau kirim
kawan..hee..
Jangan menipu dan tertipu dah ler..
send_er: Berjimat cermat & masih belum berjaya..
No Comments »
Posted by: send-er in Resepi
Bahan-Bahan:
½ sudu gula pasir
¼ keping gula melaka
90 gm tepung beras pulut
1 sudu air pandan, pewarna hijau Sedikit garam
8 helai daun pisang, untuk bakul
3 sudu kelapa parut, dibuang kulit airnya
———————————————-
240 gm tepung pulut
3/4 cawan air panas
1 sudu besar air daun pandan
120 gm gula Melaka -dihiris
1/2 biji kelapa parut
———————————————–
Cara:
Sediakan inti dan kelapa:
Campurkan gula dan gula melaka yang direcik.
Campurkan secubit garam ke dalam kelapa.
Sediakan air untuk merebus:
Masak air anggaran 1/2 periuk. Sediakan doh yang kental.
Sediakan kuih:
Ambil sikit adunan tepung tadi golek dengan tangan dan buat
bebola kecil,
buatkan lubang dan masukkan gula ke dalamnya.
Tutupkan inti gula itu bentukkan bulatan itu semula.
Masukkan dalam air yang mendidih hingga timbul.
Tus dan golekkan kuih ke dalam kelapa yang sudah bergaram.
Hidangkan…
2 Comments »
Posted by: send-er in Umum
AL-QUR’AN SEBAGAI PEMBELA DI
HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata
: "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an,
setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an."
Telah bersabda
Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan
datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam
bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang
yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur’an :
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku
dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang
yang pernah membaca Al-Qur’an itu : "Adakah kamu Al-Qur’an?" Lalu Al-Qur’an
mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang
itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia
meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan
ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia
walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami
memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu
diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an."
send_er: aku masih mengaji alif ba ta..
No Comments »
Posted by: send-er in Umum
JANGAN MENYIKSA DIRI
Allah S.W.T menciptakan
dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia
memanfaatkannya.
Sahabat Anas
menceritakan bahwa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh
kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.
Apabila melihat keadan
itu maka baginda betanya, "Mengapa dengan orang ini?"
Dua anak itu berkata, "Dia
bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki."
Rasulullah berkata, "Sesungguhnya
Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya."
Ketika itu juga
Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan
haji.
Dalam satu peristiwa
lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan
kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang
lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan
apa?"
Anak murid itu berkata,
"Saya berjalan kaki."
Apabila tuan guru itu
mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata :
"Dia telah menciptakan
kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya."
send-er: Basikal aku dah jadi
besi buruk, dah kene jual..
No Comments »
#Artikel Perkahwinan -
Perkahwinan dari segi perspektif Islam secara
ringkas
Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan
yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga
keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina.
Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah
menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan
suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah yang mempunyai
harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman.
Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.
Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan
tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain. Inilah lumrah semula
jadi manusia. Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang
asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman dititikberatkan.
Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak
kekal lama. Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun
jasad telah dimamah usia. Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat
sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.
Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara
bernikah, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam
sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya.
Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu
syaitan. Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula
nampak peri laku sebenar masing-masing. Maka pada ketika ini, bermacam-macam
masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia
menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi
dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan anda
memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup
agar mahligai bahagia kekal
send_er: Selamat berumah tangga,
takde tangga pun boleh gak..kalu nk buat lif ke..
No Comments »
Posted by: send-er in Lelaki
kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler… kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody’s perfect kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat… kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…
kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
kalau lelaki handsome hantar msj/komen dlm *&$#@?# cepat2 dibalas.. kalau lelaki xhandsome dia akan ckp buang masa je layan..
—————————————————-
**aku x bela tikus..dulu ade la..hahaa**
—————————————————-
1 Comment »
Posted by: send-er in Umum
>best artikel nih!…walaupun bahasa agak kasar tapi kelakar jugak… >terkena batang hidung sendiri? isk isk isk > >Sebanarnya aku nak cerita benda lain dan nak tanya korang.. >-Mana lebih penting? Basuh berak dulu atau tengok wayang dulu? >-Mana lebih penting? Basuh berak dulu atau makan satay dulu? >-Mana lebih penting? Basuh berak dulu atau solat dulu? >-Mana lebih penting? Solat dulu
atau tengok wayang dulu? >-Mana lebih penting? Solat dulu atau makan satay dulu? >Kalau solat lebih penting, kenapa 10 minit lagi nak azan, korang beratur gi tengok wayang? >Kalau solat lebih penting, kenapa waktu azan zohor, korang sibuk >makan-makan lunch? >Patutnya Aku gi kedai makan waktu azan tu dan sound: >"OH, PATUTLAH MASJID KOSONG…!!! KAT SINI KORANG RAMAI-RAMAI YE…" >Tapi aku tak buat pun..kalau aku buat dah tentu aku kena belasah, maka dah tentu aku akan membalas balik serangan korang, oleh sebab korang ramai aku terpaksa menghabiskan masa 20 hingga 30 minit untuk menewaskan korang >semua, maka dah tentu lepas tu org dah habis solat, oleh kerana aku tak nak >tertinggal takbir pertama, maka aku tak buatlah!!!.. cis!!…
>Jadi kalau korang makan dulu, atau tengok wayang dulu baru nak solat, >daripada pengajaran cerita kat atas ini, bolehlah di buat kesimpulan
bahawa korang membuatkan seolah-olah basuh berak itu jauh lebih penting dari >solat..oh… !basuh berak tak boleh tangguh-tangguh, kena buat dulu, baru boleh selesaikan kerja lain, tapi solat selamba tangguh..oh. ..(aku perasan bagus-nasihat ini aku tujukan khas untuk diri sendiri-semuanya dengan izin Allah-harap maklum)
>APA MAKSUD sebenar SOLAT? >Aku nak Tanya korang sebelum aku cerita lebih langjut.. >Apa maksud solat? >Sila jawab dan bandingkan jawapan korang dengan aku, sebab korang dah solat berpuluh2 tahun, tapi tahukah korang apa maksud solat? >jadi, maksud solat adalah >………… ……… ……… ……… ……… ……… … >………… ……… ……… ……… ……… ……… … >………… ……… ……… ……… ……… ……… >(isikan ruang kosong) >Aku bukan nak berlagak, aku nak kongsi apa yag aku paham, dan apa yg aku tak paham, aku
tak pandai, aku bukan ustaz atau ulamak…aku mungkin ‘baru >start’ nak ‘menyemak’.. .oh, ajarlah aku yg perasan bagus ni..isk.. >Seorang member aku, abang K nama dia(K untuk Kamarulzaman) , tanya aku: apa maksud solat..aku jawablah bla bla bla ..tapi dia bagitahu, satu hari tu dia ada pergi ceramah ugama kat sebuah masjid, ada seorang ustaz sedang >mengajar bab-bab solat, kemudian seorang hamba Allah telah mengangkat tangan >kanannya bermakna ada soalan yg nak di luahkan kepada ustaz, soalanya berbunyi >begini: Ustaz, apa maksud solat? >Kemudian terdengarlah bunyi suara org gelak, lucu sangatkah soalan tadi..? >Ustaz kata: amboi…org yg ketawa-ketawa tu, tahu ke apa maksud solat? Saya tanya karang, boleh jawab ke? >Suasana terus menjadi senyap! >Ustaz itu menyambung: maksud solat adalah bermula dengan niat dan berakhir dengan salam… >itulah maksud solat!!! : kata abang K kepada
aku, >Aku
kata: >Abang K, aku rasa macam tak tepat aje apa yg kau jawab…tapi
siapalah aku …nak tolong cakap lebih2..ada ke org nak dengar apa yg
aku cakap, Abg K, Apa yg aku rasa ustaz tu jawab tak tepat adalah kerana, ustaz tu tak cakap >maksud solat tapi dia cakap cara-cara nak solat, ya, solat dimulai dgn niat dan di akhiri dengan salam..tapi itu bukanlah maksud solat…tak sama >dengan cara makan dan maksud makan…tak sama cara-cara nak tidur dengan maksud tidur tak sama cara2 bersetubuh dengan maksud bersetubuh.. tak sama! >Aku bukan nak salahkan ustaz tu..bukan..dia lebih terer dari aku, mungkin
>dia dah terangkan tapi abg K yg tak paham..abg K yg salah
dengar!!! apa2pun kita lupakan ustaz tu..yg kita nak bincang adalah:
apa maksud solat…abang K dengar baik-baik..
>Senang cam ginilah, maksud solat adalah untuk mencegah kejahatan >kita..bermakna,
sekiranya kita masih buat jahat sedangkan kita sentiasa solat itu bermakna, solat kita belum mencapai MAKSUD!!! >Bukan aku nak cakap solat korang tak di terima, itu kerja Allah! Yg aku nak jelaskan adalah solat kita belum mencapai maksud bila kita masih tak mampu mencegah mungkar..
>- Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang lidah kita dari mengumpat
>- Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang mata kita dari memandang buruk org!
>- Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang telinga kita dari dengar aib/buruk orang!
>- Solat kita tak mencapai maksud apabila tak mampu menghalang hati kita dari bersangka buruk pada org!
>Belum!! Solat korang Belum mencapai maksud..jadi ingat! >Maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran! !! >Timbul soalan: bagaimana nak dapat maksud solat? >jawapan: Korang kena bawa ketaatan dalam solat ke luar solat. >Dalm solat 5 minit korang taat segala perintah Allah, maka korang kena >bawak ketaatan dalm solat 5 minit tu ke dalam 24 jam kehidupan korang…24 jam kena taat perintah Allah, seperti mana korang taat dalam 5 minit solat, dalam solat korang jaga mata, telinga dengar imam mengaji, mulut berzikir dan hati tawajjuh pada Allah..maka solat cam gini, bila ketaatan dalam
>solat cam gini di bawa ke luar solat maka automatic korang punya life pun 24 jam macam ’solat’… >Sebab tu perempuan yg solat tapi tak pakai tudung adalah wanita yg tidak bawa ketaatan dalam solat keluar solat..bukankah masa solat diorang habis tutup?..kenapa jadi macam tu? Sebab diorang tak faham maksud solat… >Org lelaki pun sama, pakai seluar pendek..kenapa? sebab korang tak faham Maksud solat..dan korang tak bawa ketaatan dalam solat ke luar solat >sebaliknya kehidupan korang 24 jam di bawa masuk kedalm solat 5 minit, >rosak solat cam tuh…masa solat fikir melayang2..mula2 solat kat Malaysia, lepas tu terbang ke mekkah, lepas tu pergi KLCC, lepas tu ingat baca blog apa tadi, lepas tu fikir nak buat apa lepas ni..mana kunci kerta, selipar aku sape yg ambik bla bla bla last2 dah salam baru sedar…oh aku kat Malaysia lagi rupanya…..
>Seorang sahabat Nabi ditanya org: >Macamana
tuan boleh tak fikir perkara dunia di dalam solat. >Jawab sahabat tu: aku, kat luar solatpun langsung tak fikir dunia..oh..
>Seorang hafiz Al-Quran sedang mengaji..tiba2 lalu seorang lelaki di >hadapannya dan telah terpijak kulit pisang di hadapan si hafiz tadi..dia pun jatuh bedebuk dan marah2 kat hafiz tu dan di tuduhnya si hafiz tu lah yg buang kulit pisang merata2. >Si hafiz tu cakap, org islam kena jalan macam dalam sembahyang, tunduk kat bawah, baru tak pijak al-Quran. >pemuda tu cakap: terima kasih kerana menegur saya dan terus berlalu kerana malu..oh..
>Satu firman Allah..alamak? ! aku telah letak buat kali kedua ayat al-quran dalam blog aku..oh..aku mohon pada Allah agar ayat suci yg aku lampirkan ini tidak di salah ertikan oleh mana2 pihak, kalau ada kesalahan, tegurlah aku!!!
>firman Allah: …"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah >hamba-hamba- Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku" (QS. Al Fajr: 28-30). >Nah, Sekarang lihat, hanya jiwa yg tenang dapat kembali kepada Allah.. >Macamana kita nak kembali kepada Allah kelak jika hati tidak tenangpun dlm solat? ,bila hati kita tenang? adakah kita tenang di dalam solat, atau >tenang di luar solat..Masa solat hati bekecamuk..rasa resah gelisah, imam baca surah panjang mula gelabah..dah salam baru ..fuh!!!..lega dah >habis!!!..baru tenang…oh. ..(isk)
>Ya Allah, tolonglah aku dalam perkara solat >Ya Allah, tolonglah kami dalam perkara solat >Ya Allah, tolonglah kita semua dalam perkara solat >Jadi ingat: maksud solat adalah mencegah mungkar dengan membawa ketaatan di dalam solat ke luar solat!
>Membawa ‘akhirat’ ke ‘dunia’..bukan bawa ‘dunia’ ke ‘ahirat’!!! >Untuk dapat solat yang
betul, korang kena buat 5I..chewah, aku selalu >dengar pakar motivasi guna 3M lah, 5S lah, 3R bla bla bla.. >aku nak bagutahu tentang 5I..iaitu: Iman/ihtisab/ ihsan/ikhlas/ ilmu.. >Sedikit penerangan:
1.Iman >-org kapir solat 1000 rakaatpun tak di terima sebab takde iman, korang yg >dah ada iman kena solat..wajib! !! 2.Ihtisab. >-Yakin ngan ganjaran pahala, solat masjid 27, pakai serban dpt ini, bersugi dapat itu..dll 3.ihsan >-Solat macam kita ‘lihat’ Allah, hakikatnya Allah lihat kita-sentisasa! !! 4.Ihklas >-Kalau ada niat yg lain selain Allah, Nerakalah jawabnya..oh. . 5.Ilmu >-Ni nak cerita panjang sikit, sebenarnya nak kena solat macam NAbi solat, itulah ilmu…
>Baru2 ni member aku bagitahu bini dia derhaka kat dia, lawan cakap dia,
tengking bla bla bla bla macam2 lagilah…dan nak buat camne? >Aku tanya: bini engkau solat tak? >Dia cakap bini dia solat.. >Aku tanya lagi: >Awal waktu? >Dia cakap tak…… >Engkau pulak ada solat jemaah?, dia jawab tak..oh… >(semoga Allah sentiasa pilih kita untuk berbuat kebaikkan-semuanya dari Allah-jangan sombong)
>Korang semua dah tahu kemungkaran datang dari mereka yg tak solat atau >mereka yg solat tak betul.. >Apa itu solat tak betul? >Solat yg lain cara Nabi kita solat.cth: >-Solat fardu kat rumah(lelaki lah ni) >-Solat lengah-lengah (biasanya perempuan) >-Solat tak khusuk (aku pun..oh) >Aku pernah pesan dulu, antara amalan keluarga bahagia : Suami solat >berjemaah kat masjid, isteri pulak solat awal waktu kat rumah…So, banyak masa bersama, maklumlah bila suami pulang dari masjid, isteri pulak dah solat awal waktu, maka banyaaaaaaaaak lah
masa untuk berasmaradana. . >Mana2 pasangan yg bagus punya asmaradana.. insyaAllah, mereka akan dapat menyelesaikan segala masalah yg lain.. insyaAllah.. !
>Mangakhiri post ini, aku bagi pantun 5 kerat fadhilat solat.. >-Rezeki berkat >-Seksa kubur angkat >-Tangan kanan terima kitab >-Titi sirat sepantas kilat >-Masuk shurga tanpa Hisab!!! >(amin..ya rabbilalamin) > >>ps: apakah maksud sembahyang mayat? >( ada org tu tak pernah pergi masjid, bila jadi mayat baru pergi masjid, >duduk kat depan sekali pulak tu!!!)..OH.. !!
>From: "Zahid" <zahid@nam.com. my> >To: "Zahid" <zahid@nam.com. my> >Subject: Fw: Fw: >Date: Wed, 30 Aug 2006 17:22:28 +0800
No Comments »
Posted by: send-er in Umum
Sambutan Ramadhan pada kali nih nk cite ar skit tp cite dr cite org. Sebelum tu nk tanye diri aku nih, Penah denga hadis pasal…
Apabila tiba bulan Ramadhan segala pintu2 langit dan pintu2 syurga dibuka dan segala pintu neraka ditutp dan syaitan2 dibelenggu. Mesti penah dengar kan..kan..?
Sesiape yg tak penah dengar dengar2 lah ye..sementara nikmat pendengaran masih ada insyaAllah.. Sebelum nk cite panjang, nk tanye skit pada diri aku nih.. Pintu langit dan pintu syurga dibuka..ermm…ok lagi.. pintu neraka ditutup pun ok lagi.. tapi yg syaitan dibelenggu mase bulan Ramadhan nih betul ke..?? Kan dr hadis soheh.Takkan salah kot..??
Jom nengok ape yg dikupas oleh ust. Ahmad Faisal dr API,UM. Mari lihat sape yg kena..
Sabda Rasulullah sallallah hu alaihi wasallam Maksudnya: Dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu berkata: Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: jika masuk bulan Ramadhan, akan dibuka pintu2 langit, dan ditutup pintu2 neraka dan syaitan2 dibelenggu.[Riwayat al-Imam al-Bukhari]
ERmmmMMmm…
Menurut riwayat ni..syaitan2 tu dibelenggu..tapi kalu nengok balik pd ayat tu..siapa yang sebenarnye membelenggu syaitan2 nih?
Allah?? Malaikat??? Manusia???? Kambing? Siapa? [heheee..memandai jer aku buat ayat]
Adakah pada bulan Ramadhan Allah memerintahkan para malaikat menangkap semua syaitan yg ade kat mula bumi nih?? tp kan c setan nih ade wat perjanjian ngan Allah supaya jgn ganggu dia nk sesatkan ank cucu cicit adam ni sampai hari kiamat..?? camne pulak tu?
So..bebalik semula kpd hadis td tu..
Menurut pendapat ust. ni syaitan tu sebenarnya tak dibelenggu/ditangkap pun..yg menangkap atau membelenggu c setan ni sebenanye adalah kelaparan.Org yg berpuasa itu sendiri yg membelenggu setan2 nih. Itulah sebabnye kebiasaannye kite nengok mase bln pose ramai yg jd baik..tp lepas bln pose kembali kpd asal..[nasihat pd diri sendiri jugak nih]
Yang paling senang nampak waktu berbuka, lepas je bebuka dah ade yg rase malas nk sembahyang, rase nk tido jer..sebab dia dah bebaskan setan2 yg dia tangkap td tu..[setan lagi disalahkan.kuatkan semangat aku..!!]
Sampai sini dulu…to be kontinew iA
Wahai org2 yg beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas org2 yg sebelum kamu, moga2 kamu bertaqwa.(Al-Baqarah 183)
No Comments »
|