Archive for October, 2006

 

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama
asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah
dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah
gereja disatu kawasan diSabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula memasuki
sekolah menengah saya sudah mula membuat kerja-kerja untuk meramaikan lagi
penganut Kristian. Oleh kerana waktu itu Sabah dipimpin oleh PBS bawah Datuk
Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat
masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=.
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah.
tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami
bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan
buku sekolah dsb.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan
susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami
mengkristiankan remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya
kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan
saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam
yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding
dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah
asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu
mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan ajaran Kristian.

Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang
Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz
yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "Cikgu saya ada beberapa soalan, tapi
saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah Cikgu ?…"

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya
katakan : "Cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama
Cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". saya kemukakan beberapa
persoalan, antaranya;-
1. Mengapa orang Islam sembahyang
mengadap kaabah?
2. Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam
adalah agama langit.
3. Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Imam Mahadi membebaskan
kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
4. Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
5. Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan
dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani
dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
1. Apakah boleh manusia(paderi)
mengampunkan dosa manusia lain?
2. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
3. Konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan
bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa Ustaz itu kerumah saya dan
bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh Ustaz itu. Sebaik Ustaz itu pulang, bapa
saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya
gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan Ustaz itu, saya
mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam
membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan
seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam
dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.
Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tenggelam dan yang
berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya
mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, " Mengapa
Johanis…. awak mengigau?…."

Saya pegang tangan Ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkan saya………".
Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak
lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat
pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat
saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya.
Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.
Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa
oleh ustaz pulang ke Semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,
vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam.
2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami
nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya
mendapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan
Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai
pendakwah-pendakwah ini nak berdakwahpun. Merungut duit over time. Saya rasa
tiada keikhlasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa
lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang.. kini saya mahu berjuang untuk
mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM
saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan
bencikan saya. Saya sayang ayah, emak dan adik beradik saya. Ayah dan emak tetap
ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai
menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan
buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya,
sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita……..
Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya
ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah…. saya terus
menangis… saya pejamkan mata… saya bayangkan ayah dihadapan… saya peluk
erat tubuh ayah dan kami menangis bersama…….. Ya Allah betapa agungnya
kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya.
Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas.
Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita
meninggalkan Al-Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita
tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan
beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah
saya, "You apa tahu… Islampun baru setahun jagung….."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah, saya tak
akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. Kerana
itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang
Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan
wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa
tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan
pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian kerana saya ada
pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT.
Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak belajar Islam…. jatuh
cinta… lalu dimurtadkan… Ada yang pura-pura masuk Islam…. dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia.
Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif
untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’. Sebenarnya
air ini dibuat di Vatician City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul
yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3
masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 qul 1x dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah…..

Perjalanan saya masih jauh. Doakanlah agar dapat saya menegakkan syiar Islam
yang sebenar seluas-luasnya. Amin…..

 

sedikit info


Nazrey Johani (Raihan)

Tarikh Lahir   : 12 May 1972

Tempat Lahir : Ranau Sabah

 

———————————-

thanx 2 noor azyza

Comments No Comments »

Two men were on a plane on a  business trip when a Muslim couple boardedtheplane and were seated  right in front of them.

The two men, eager to have some fun, started  talking loudly. "My boss issending me toSaudi Arabia", the one said,  "But I don't want to go...too many Muslimsthere!"The Muslim couple  noticeably heard and grew uncomfortable.

The other guy laughed, "Oh,  yeah, my boss wanted to send me toPakistan but I refused...WAY too many  Muslims!" Smiling, the first mansaid,"One time I was in Iran but I  HATED the fact that there were so manyMuslims!"

The couple  fidgeted.

The other guy responded, "Oh, yeah...you can't go ANYWHERE  to get awayfromthem...the last time I was in FRANCE I ran into a bunch  of them too!"

The first guy was laughing hysterically as he added,  "That is whyyou'll never see me in Indonesia...WAY too many  Muslims!"

At this, the Muslim man turned around and responded  politely,"Why don't you go  to Hell?", he asked, "I heard there's NO Muslim  THERE!"

Comments No Comments »

Salam aidilfitri slm kemaafan..

Nampaknye waktu ini masih ade untuk aku sambung crite pasal raya. Raya thn ni banyk luangkn mase ngan kengkawan skolah dulu. Kejap ye mase berlalu, memasing ade yg dah kawin n dah ade anak. Ade yg dah pakai kreta, keje dah ok dan yg masih blaja pun ade lg..

yg dah kawin susah skit ar nk jumpe, so thn ni jumpe kwn2 sape yg ade kat ‘kampungku’. thn dpn tak tau lagi dpt jumpe atau tak. Yg dekat pun susah nk jumpe tak tau la camne kalu memasing dah duk jauh dan ade umah sendri.

Kekadang tepikir gak kpd yg blaja kat asrama stat dr skolah rendah sampai la abis blaja, camne la hari raya ni..??  kengkawan sekolah sekampung tak ramai. silap2 kat kampung sendiri pun xde kawan. skolah asrama jauh, balik rumah pun terperap jer dlm umah. kalau tibe hari raya, alahai…menunggu kwn2 jauh dtg baru ceria skit.
.
.
.
.
send_er: aku hanya skolah ‘kampung’

Comments No Comments »

Salam Aidilfitri maaf zahir lahir…

dapat lagi aku beraya pada tahun nih. tahun nih raya tak g ke mana, kampung hanya tinggal nama dan kenangan. kalu dulu sibuk bila raya nk balik kampung, tapi sejak tiada sape lagi kat kampung, umahku lah kini menjadi kampungku. kalu dulu mak sedara pak sedara bekumpul samo kek kampung, tapi sume dah tinggal sejarah. setiap kali nk raya dah xde nk anyam ketupat, dah xde nk rebus2 ketupat.

aku bukan la nk crite pasal kg aku sebenanye, tapi pasal raya tahun nih. ntah tetibe plak tersembul dari mulut kwn aku pasal bende nih mase raya baru2 nih. kekadang tepikir gak camne la agaknye kalu raye xde kengkawan dtg umah ye..??? 

yg dtg asyik2 sedara mara n jiran2. kwn2 sume jauh2. dtg umah pun tak penah. ajak dtg beraya kat umah tapi memasing mcm ajak2 ayam jer.. nk datang tapi tak tau mcm mane. dia tunggu kita, kita tunggu dia. Ade orang yang tak kisah semua tu..tapi sampai bile nk tipu diri sendri..?? Sampai bile boleh idup sorang diri..masak cekodok pun xtau nk suruh org ajar..ahakss..

bersambung esok yg tak pasti…

Comments No Comments »

‘kita adalah kejadian yg sempurna
tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.’

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda…

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi….bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
(Al-Ghazali)

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang
apabila kita tidak menghiraukannya lagi…"

Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan
ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg tidak indah..

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu
menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza
mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.

Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng
mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan.

Agama menjadi sendi. 
Pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
Dan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat.
Kerana org yang terhormat itu,..
Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan. .
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan…
…..

"People wil forget what you said, people will forget you did, but people will
never forget how you made them feel…"

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness…

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan. ..

Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih…

Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya

Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan

Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk

Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baik
Tetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik

" Tunjangkan resah mu di dada solat,
Himpunkan peritmu digenggaman doa,
Tutupi kekecewaan dgn taqwa,
Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan… Suburkan Rasa Kehambaan…

thanks to Myelina Tashiro

send_er:  cuba jaya

Comments 1 Comment »

Aku lebih senang di kenali sebagai Kassim
Selamat,wajahku taklah setampannya, hanya menumpang namanya. Aku di lahirkan
sebagai insan normal, ketika usiaku menjenguk ke angka 40, musibah singgah
menyapa diriku, aku lumpuh dari paras dada ke bawah akibat demam denggi pada 20
Jun’ 2002, dari saat itulah aku mula menyarung jersi orang kurang upaya (OKU).


Life Begin at Fourty’ itulah kehidupan dan dunia baruku sebagai OKU,
memang berat bagiku mengharungi kehidupan baruku ini, secara tiba-tiba fizikal,
mental dan rutin seharian kehidupanku berubah sama sekali, ibaratkan taufan
‘tsunami ‘ yang melanda pantai…..sekelip mata kehidupanku berubah………..terkejut,
terkedu, tiada persiapan yang ku buat, tiada ku sangka begini rupanya penghujung
hidupku. Meskipun begitu aku tetap bersyukur ke hadrat Allah kerana memberiku
peluang untuk terus bernafas di dunia ini.


Kisah-kisah yang terpapar di sini adalah rentetan-rentetan hidupku di
zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan di usia ’senja’ ini. Bukanlah tujuanku
untuk meraih simpati, membangga diri apatah lagi mengaibkan sesiapa. Kisah-kisah
ini adalah realiti kehidupanku. Bukan untuk mengeluh atau tidak redha atas apa
yang menimpaku tetapi sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman.


Memang telah lama aku ingin mengabadikan kisah kehidupanku ini, tapi baru
saat ini ‘jariku’ mampu untuk menzahirkannya, jika ada yang baik boleh di
jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Salam hormat dariku…………………….


Alhamdullilah ramadhan
pertama berjaya ditempuhi dengan penuh keinsafan. Kali ke lima aku menyambut
ramadhan sebagai OKU. Sungguh banyak perbezaannya sekali jika di bandingkan lima
tahun lalu. Bersyukurlah sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang untuk
menjalani ibadah puasa.

Kerusiku masih setia menantiku di meja makan tapi apakan daya, aku terpaksa
melepaskanmu untuk selamanya. Katilku kini mengambil alih tugasmu dahulu tanpa
di paksa. Katil yang menyimpan seribu cerita suka dukaku.

Hari pertama, tepung pelita dan buah melaka pembuka selera. Tanpa aku minta
tanpa aku berkata-kata ianya tersedia penuh setia. Bentuk rupamu kuih seperti
dahulu kala tiada cacat celanya tidak seperti diriku yang jauh berbeza.

Bila azan berkumandang doa dibaca tanda kesyukuran. Si isteri penuh setia
berdiri di sisi katil meninggalkan meja yang tersedia untuk turut sama berbuka.
Hanya senyuman terukir menahan sendu yang sukar di cerita… ‘Tiada kata secantik
bahasa’

Selamat berbuka dan menjalani ibadah puasa buat penggunjung blogku.

 

Comments No Comments »

Ermm..sambung aku nye stori, bukan korang nye story. So.. ikut suke aku ar nk cite camne..
Bulan pose nih yg bes nye waktu bebuka. Kalau aku kekecik dulu memang tunggu sangat waktu nk bebuka nih..bila nk azan maghrib bile nk azan..cepat la azan..sebelum azan dah siap2 mandi pastu duk tunggu kat tepi tingkap pasal nk dengar azan.

Kalau tak duk kat tepi tingkap aku dah duduk besila awal2 kat makanan. Tuang air siap2 dlm cawan pastu tengok jer air tu mcm nk telan skali ngan cawan2.. tengok kuih2 yg ade..meleleh jer air liu..
Kalau tunggu kat tepi tingkap tuhh..pUnggg..!!!mencanak laghi bilo denga azan. yeeEEee!! bukeee…!!Laghi poie kek dapor laa nk makan…Org tak pose takkan rase nikmat mcm ni.
Yo laa..zaman kocik2 dulu..

Pastu omak pun mulo laa..HAa!!haa!! baca doa dulu..!! hehee..Selesai..Pastu abih sumo den nk tolan. Ape je yg ada kat depan mata sume aku masuk mulut.

Lepas tu dah kenyang..ape lagi..hahaa..mercun mercun!! Amek pelita pastu pasang bawak g kat laman umah. Ha!! siap kau…Bepoghang ngan kawan2 jiran sebelah ler.. Selagi tak azan isyak selagi tu la x stop. Kojap ateh melotup kojap bawah, kiri kanan melotup-lotup. Den pulak nk baka meghocun pun takut2.Satu takut dek mercun tu. Lagi satu takut mercun abis dulu..hahaa..kalau dah abis sonyap yo laa ngan muko sodih ee..

sambung Stori Puasa IV plak..

send_er: aku kanak2 tua

Comments No Comments »

Bulan pose adalah bulan aku berjimat cermat. Duit makan tak luak,
boleh beli mercun..!! hahaa..tp aku dah besa2 nih dah xde nk mercun2 lg
dah.. Masa zaman kanak2 dulu mercun ni kalu tak main masa bln pose mcm
tak lengkap idup.

Teringat mase umo 6 thn main mercun lalat
berlubang sluar kek peha kene koja mercun lalat.hehee..Masa tu baru nk
kenal ape itu mercun..Main mercun ngan abg n kwn2 yg lebih besar. tak
tau ape lagi..ikut je la main, dorg lari aku pun lari same..bakar
mercun pun takut2 lagi. ikat ubat nyamuk kat kayu panjang pastu bakar
tang jauh jer..Zaman tu dulu mercun nih tak dilarang lagi.

Mercun lalat laa..mercun ayam laa..mercun roket la..mercun cap kuda laa..mercun gasing laa..
tp aku berani main mercun padi jer dlm banyak2 mercun tu..hahaaa…

~~Sambung Stori Puasa III

Comments No Comments »

sebelum nk mulakan story aku nk mintak maap dulu kat sume..maap zahir batin
story kat bwh ni  aku nk bgtau awal 2 akan  kene kat  btg idung aku..sebab ni kan aku nye cerita..

Berkisar ttg bulan pose n sepanjang pose yg telah aku lalui. Ini pengalaman dan pemerhatian aku arr..korang nye stori n histori aku tak tau..

Biasa ar kebanyakan, segelintir, sesetengah org akan ada bermacam-macam perasaan bile melalui bln pose nih. Ade yg sedih, gembira, tak rase ape2, seronok sgt, ternanti-nanti bln ramadhan, atau tertunggu-tunggu bile nk abis bln pose nih..Ade mcm2 kisah hidup org ketika bln pose.
Ade yg teringat kisah sedih, kisah suka, kisah pahit, kisah manis, tak kisah la ape2 kisah lagi..

Org yg kehilangan ahli keluarga akan terasa bila tiba bulan Ramadhan apatah lagi nk menjelang raya. Lebih menyedihkan lagi apabila pemergiannya dlm bulan Ramadhan. Semoga Allah mengampuni dosa2 org yg pergi mendahului kita.

Bulan pose bln yg menguji pengabdian hamba-Nya kepada Yg Maha Pencipta. Jika kalimah syahadah bukti seseorang itu muslim, namun ia masih tidak mencukupi lagi. Solat pula datang utk menyuruh kita menyembah-Nya, tapi ia lebih memfokus kpd individu itu sendiri. Datang pula suruhan berpuasa dan zakat, disini kita disuruh beribadah bukan sahaja secara individu tetapi secara berjamaah.

Amalan bersedekah d bln Ramadhan ditingkatkn pahala. Amalan memberi makan kpd org yg berbuka besar ganjarannya. Kita bukan lagi melakukan ibadah secara berseorangan.

Adus!!! Nk ceramah ke ni..?? Tak pe lah..cukup sampai sini dulu..sambung kat Stori Puasa II

send_er: Aku bukan ust.

Comments No Comments »

Manusia hari ini
suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik…Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
………
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti
musnah nya kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

“Tegakkn Islam dlm diri kamu.. nescaya islam akan tertegak diatas bumi kamu"Imam
Al-Syahid Hassan Al- Banna.

Just Be UrSelf……n AlWays Trust to Allah….


thanks to atminfariha

send_er: Jangan tak bersangka baik!!

Comments 1 Comment »