Archive for January, 2007

Perjalananku masih jauh,
kerana aku memilih jalan itu.
kadangkala aku tiada pilihan.
di antara persimpangan,
walaupun badai yg menanti,
akan ku tabah menghadapi..
jangan kau hulur simpati,
tidak ku harap bantuan,
biar ku sendiri tempuhi.
tiada guna ku menangis,
tangisan tidak merubah segalanya,
bukan bangga akan kegagalan,
tapi pasrah dengan ketentuan,
ketentuan yg aku sendiri tentukan,
pengalaman mengajar erti kehidupan,
tapi ku alpa dunia persinggahan.
beginikah perasaan dirasa,
insan yg pernah menjadi rakan,
sentiasa berusaha utk kejayaan,
tak pernah diluah dengan perkataan,
sedikit tidak ku memandang,
kini ku sendiri yg merasakan.

~2000 dlm kenangan
moga rohmu dicucuri rahmat

Comments No Comments »