Archive for February, 2007

KOSONG (0)
- Zero, takde ape2, sifar, nothing…
- Senaraikn benda apa yg nothing..? benda yg takde nama masih lagi dipanggil ianya benda. Nombor sifar masih lagi digelar nombor.

SATU (1)
- Almighty, hebat, utama, penting, tak perlu yang lain lagi dah.Cukup hanya satu..
- Tapi kalau perlu ada 2 atau 3 atau bnyak, itu apa maknanya?? lemah dan need help

DUA (2)
- Couple, saling melengkapi, tak sempurna kalu hanya ada satu..
- Boleh jadi berlawanan, kanan & kiri, selisih pendapat, gaduh, kutub Utara & Selatan.

TIGA (3)
- Triple, bertiga, tak boleh hanya dua..
- Kalau hanya dua mungkin lain jadinya. perlu hadir satu lagi utk membantu atau menghalang. Pihak ketiga sering digunakan. 

send_er : aku, kau dan mereka pasti mati..

"Wahai org2 yg beriman, bertaqwalah kpd Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya. Janganlah kamu mati melainkan dalam beragama Islam"

Comments No Comments »

Ringgit catat paras tertinggi sejak 9 tahun

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Ringgit hari ini, mencatat pening- katan nilai
tertingginya dalam tempoh sembilan tahun iaitu pada paras 3.4955
berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS$1).

Paras tertinggi itu dicatat semasa urusniaga pada sebelah pagi,
sebelum ditutup melepasi paras halangannya pada RM3.50 berbanding AS$1.

Ia merupakan kali pertama ringgit mencecah 3.4955/4980 berbanding
dengan penutup semalam pada 3.5000/5005 iaitu kenaikan 0.13 peratus.

Ringgit ditambat pada RM3.80 berbanding AS$1 berikutan krisis
kewangan serantau pada 1997/1998, dan kerajaan menarik balik tambatan
itu, pada pertengahan tahun 2005.

Sejak itu, ringgit telah menyaksikan peningkatan nilainya kepada
hampir sembilan peratus berbanding dolar AS, menjadikan ia mata wang
kedua terbaik di kalangan 15 negara di Asia Pasifik.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) juga mencatat paras tertinggi
untuk hari keenam berturut-turut dengan hari ini ia naik 0.9 peratus
kepada 1,236.63 mata, yang kali terakhir dicatat pada pertengahan Mac
1997.

Penganalisis ekonomi berkata, kemasukan dana dari luar negara ke
dalam pasaran modal Malaysia, turut menjadi faktor pendorong IKKL
meraih 118 mata sejak awal tahun ini dan sekali gus, mengukuhkan
ringgit.

Selain itu, para pelabur juga menyambut positif kenyataan Gabenor
Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (gambar)
bahawa kenaikan nilai ringgit adalah teratur dan tidak menjejaskan
eksport.

Menurutnya, BNM gembira dengan prestasi ringgit dan pasaran pertukaran wang asing yang teratur.

Katanya, satu daripada kekuatan ekonomi Malaysia ialah keanjalannya
dan ini telah ditunjukkan oleh keupayaannya menyesuaikan dengan keadaan
yang berubah.

‘‘Ringgit telah meningkat nilai, tetapi pergerakan adalah aliran dua
hala di mana mata wang tempatan kadang kala naik dan pada ketika lain
turun.

‘‘Pada peringkat ini, kita tidak melihat ia akan menjejaskan eksport.

‘‘Dasar kita sentiasa konsisten, sejak awal dulu lagi iaitu kita
akan memastikan persekitaran yang teratur dalam pasaran tukaran mata
wang asing kita dan ini sangat penting untuk menyokong pengeksport,’’
katanya.

Dr. Zeti berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan
ucaptama pada majlis perkongsian strategik Credit Guarantee Corporation
(CGC) dengan lapan institusi kewangan Islam, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pengukuhan ringgit dengan mencatat paras
tertinggi pada 3.4955 berbanding satu dolar AS, pada sebelah pagi.

Meskipun ringgit yang mengukuh memberi kesan positif kepada ekonomi
negara, penganalisis ekonomi bimbang pada masa yang sama ia juga boleh
menjadikan kos eksport Malaysia menjadi mahal.

Sumber : Utusan Online, Ekonomi (7 Februari 2007)

Comments No Comments »

Ahli sains ramal gelombang panas bakal landa dunia

PARIS 2 Feb. – Anak cucu kita akan datang terpaksa hidup dalam
suasana iklim tidak menentu dan menakutkan - gelombang panas, puting
beliung, ribut kuat - akibat perubahan suhu dunia yang puncanya
daripada perbuatan nenek moyang mereka sekarang.

Laporan mengenai perubahan iklim yang dikeluarkan di sini hari ini
meramalkan ribut tropika mirip malapetaka yang melanda New Orleans di
Amerika Syarikat pada 2005 akan menjadi lebih kerap lagi.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan buat kali keempat.

Kali terakhir laporan itu dikeluarkan pada 2001.

Laporan itu yang dibuat berdasarkan kajian 2,500 ahli sains daripada
lebih 100 buah negara, menekankan, suhu di permukaan bumi dijangka
meningkat antara 1.8 darjah Celsius kepada 4 darjah Celsius manakala
paras laut pula dijangka naik antara 18 hingga 29 sentimeter menjelang
2100.

Di Malaysia misalnya yang suhu maksimumnya dicatatkan 38 darjah
Celsius, jika berlaku kenaikan kepada 4 darjah Celsius, ia akan berlaku
gelombang panas. Fenomena itu akan menyebabkan banyak hidupan akan mati
akibat kepanasan melampau.

Meskipun tempoh jangkaan bencana yang disebutkan oleh laporan itu
masih jauh, aktivis alam sekitar mengingatkan ia memberi amaran bahawa
dunia perlu bersedia menghadapi kesannya pada bila-bila masa.

Ahli-ahli sains juga meramalkan, ribut kencang, gelombang panas dan
hujan lebat akan melanda dengan lebih dahsyat dalam tempoh beberapa
dekad akan datang.

Laporan tersebut turut merumuskan pemanasan global 90 peratus
berpunca daripada manusia dan tidak boleh dihalang selama beberapa abad
akan datang.

Sehubungan itu, dalam laporan itu, IPCC menyebut, pemanasan
sepanjang seabad lalu “hampir 90 peratus pasti” disebabkan oleh
aktiviti manusia.

Laporan itu turut memberi amaran tentang kesan gas rumah hijau yang dikeluarkan ke atmosfera.

Beberapa kumpulan pendesak alam sekitar, dalam reaksinya terhadap
laporan yang mencemaskan itu menggesa masyarakat antarabangsa mengambil
tindakan segera bagi menangani krisis itu.

Kumpulan Greenpeace memberi amaran bahawa “pintu untuk bertindak semakin cepat tertutup.”

WWF International dan Friends of the Earth pula merancang menggesa
Kesatuan Eropah (EU) dalam satu sidang kemuncak bulan depan supaya
memainkan peranan utama dalam usaha antarabangsa mengawal pengeluaran
gas rumah hijau.

–  AFP

Sumber : Utusan Malaysia 3 Februari 2007

Comments No Comments »