Archive for July, 2007
Posted by: send-er in Rahsia
>
Mandi > > KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia >
bukan saja bertujuan > untuk membersihkan diri daripada kotoran,
tetapi > menjauhkan stress serta > berperanan penting meningkatkan
sistem kekebalan > tubuh. > > Penyelidikan yang diterbitkan
dalam New England > Journal of Medicine > menunjukkan penderita
diabetes yang menghabiskan > masa selama setengah > jam berendam
dalam air suam dapat menurunkan > tingkat gula darah sekitar > 13
peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 > minit berendam dalam
air > panas dapat memperbaiki kesihatan jantung > terutamanya untuk
lelaki. > > Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu >
yang mengamalkannya. > > Mengeluarkan racun: > > Mandi
air panas sekitar 32 > hingga 35 darjah Celsius > membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan > toksin. Mandi air panas > membantu
menurunkan tingkat gula darah, > menyembuhkan sakit otot dan >
membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan > baik. Waktu
yang > dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. > tepat. Suhu
yang dianjurkan ialah sekitar 12 > hingga 18 darjah Celsius. > Mandi
air sejuk sangat baik untuk meredakan > ketegangan. Ia dapat >
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula > darah. > >
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti > ruam atau
gatal-gatal > boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik > (sodium
bicarbonate) ke > dalam air mandian. Ia bertindak sebagai >
antiseptik. Isikan air ke bekas > mandian dan tambahkan soda penaik dan
aduk > sehingga rata. Digalakkan > untuk berendam selama 10 hingga
20 minit. > > Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam
air > panas membantu > menyembuhkan selsema, sakit kepala dan
menyegarkan > kembali kaki yang > lelah. Masukkan air panas
secukupnya dalam bekas > sehingga menenggelamkan > pergelangan kaki
kemudian tambahkan beberapa titis > minyak seperti > lavender,
peppermint atau lemon. Selepas basuh > dengan air sejuk. >
Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. > > Insomnia: Merendamkan kaki
dalam air dingin sangat > baik kepada anda yang > mempunyai masalah
imsonia atau memiliki masalah > tidur. Masukkan kaki > sehingga ia
merasa dingin. Perubatan ini berguna > bagi kaki lelah, > pendarahan
hidung, selsema dan sembelit.
No Comments »
Posted by: send-er in Motivasi
Oleh Dr. H.M.Tuah
“Pohon beringin yang besar itu asalnya dari satu biji yang kecil dan
burung yang besar terbang di udara itu asalnya dari sebutir telur”
Orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa sahaja. Dia
nampak orang berniaga kecil-kecilan, dia kata, “Buat apalah berniaga
tepi jalan, bila nak kaya?”
Dia lihat orang berlatih sukan, dia kata, “Setakat jaguh kampung
bolehlah.” Dia terserempak dengan orang yang menulis buku, dia kata,
“Setakat buku picisan macam ni aku pun boleh buat.”
Hakikatnya dia tidak pernah berbuat apa-apa. Maka itu dia bebas
berkata apa-apa sahaja. Jika dia berbuat perkara yang sama, dia akan
berfikir banyak kali sebelum memberikan komen. Dia tahu jerih-perihnya
untuk membina gerai di tepi jalan, berhadapan dengan cabaran pelanggan
dan penguatkuasaan, komennya mungkin bukan bersikap komplen.
Jika dia pernah berlatih untuk memenangi sesuatu pertandingan sukan,
dia akan tahu betapa pentingnya sesuatu kemenangan itu, biarpun
tarafnya setakat jaguh kampung, ia tetap penting untuk
kemenangan-kemenangan yang lebih besar. Dia tidak pernah memiliki
kesungguhan seperti itu, maka dia bebas berkata apa-apa sahaja.
Kalau tahu sukar dan sulitnya menulis buku, dia tidak mudah
memperlekeh karya orang lain. Sebaris ayat pun tidak pernah
dihasilkannya, tentulah dia boleh berkata apa-apa sahaja.
Orang begini pastinya tidak akan ke mana-mana. Dia akan statik pada
kedudukannya sebagai pemerhati dan pengkritik. Ramai sungguh orang yang
menjadi penganalisa tidak bertauliah. Cakapnya pandai, hujahnya
kadang-kadang bernas juga tetapi suatu apa pun tidak pernah terhasil
olehnya.
Kena lihat setiap sesuatu yang besar itu bermula daripada sesuatu
yang kecil. Setiap yang lahir terus gagah, biasanya tidak bertahan
lama. Gedung perniagaan yang gagah di bandar raya asalnya satu
perniagaan kecil. Kebanyakan orang kaya asalnya orang biasa. Pemimpin
asalnya rakyat biasa. Seekor ayam asalnya sebutir telur. Seekor burung
yang terbang tinggi di angkasa asalnya kecil, lemah dan tanpa sayap.
Setiap hari ibu burung akan mencarikan makanan untuknya dan memasukkan
makanan itu ke dalam mulutnya. Tiada seekor burung pun tiba-tiba lahir
dan terus boleh terbang.
Orang yang tidak berbuat apa-apa memang boleh berkata apa-apa
sahaja. Bercakap itu mudah maka itu ramai orang melakukannya. Apabila
tiba masa untuk berbuat, selalu menyerah sebelum mencuba.
Istimewanya mereka hanya pada, “Eleh, setakat macam tu, aku pun boleh,” namun dia tidak pernah melakukannya.
Itulah pelik dan anehnya sesetengah manusia.
Jika tidak pernah memegang berus cat, mudah saja mengatakan kerja
mengecat itu senang dan boleh dilakukan oleh semua orang. Setelah
benar-benar mengecat baru tahu sakit dan letihnya.
Menonton perlawanan bola sepak selalu menjadi juara jerit tetapi
apabila disuruh bermain ternyata kaki bangku. Menonton orang menyanyi
memang mudah mengatakan itu ini, begitu begini, tetapi apabila disuruh
menyanyi tidak pula boleh mengotakan apa yang dikata. Memang, orang
yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa.
“Doktor, tolong saya. Sebiji kacang hijau masuk ke telinga saya,” kata seorang pesakit.
“Wah, ini sukar sekali. Perlu teliti mengeluarkannya, kalau tidak dalaman telinga awak boleh cedera.”
“Apa susahnya doktor, sebiji kacang hijau je.”
“Kalau begitu, awak masukkan air ke telinga, tunggu hingga ia tumbuh menjadi taugeh, senanglah awak cabut.”
Orang yang tidak tahu apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja.
No Comments »
Posted by: send-er in Motivasi
Oleh Dr.H.M Tuah
Setelah puas anda beritahu dia, anda tidak suka akan dia, dia masih
memburu anda, apa yang boleh anda lakukan? Diminati seseorang yang anda
tidak suka lebih sakit berbanding meminati seseorang yang orang itu
tidak menyukai anda.Nampak macam tidak logik, tetapi itulah hakikatnya.
Lebih baik meminati seseorang yang tidak meminati anda daripada anda
diminati oleh seseorang yang memang anda tidak minat terhadapnya.
Bayangkan, apabila anda tidak suka, setiap senyumannya menjadi
masam, setiap tuturkatanya memualkan, setiap jenakanya membuatkan anda
loya, melihat wajahnya saja pun anda rasa menyampah. Tetapi sebab dia
sangat-sangat meminati anda, dia akan terus berusaha mencuri perhatian
anda. Dia akan berbuat bermacam-macam perkara untuk anda respon
terhadapnya. Bukankah itu sakit?
Berbanding jika anda meminati seseorang, jika tidak mendapat respon
pun anda boleh berusaha lagi. Lama-lama kerak akan cair kalau dibasahi
air. Hari ini mungkin tidak minat, besok belum tahu. Sekadar mencuba
bukanlah terlalu sakit sebab setiap usaha tidak mesti membuahkan hasil.
Adakalanya hasil cepat dan lumayan, adakalanya tidak menjadi. Itu semua
kita faham.
Tetapi andainya anda terlalu diminati, anda tidak tahu ke mana
hendak pergi. Ke hulu dia mengekori, ke hilir juga dia ada. Anda lemas
dan rimas tetapi tidak boleh berterus terang mengatakan anda tidak suka
akannya, nanti maruahnya jatuh atau mengecilkan hatinya. Masalahnya dia
seolah-olah tidak faham bahawa anda tidak menyukainya dan mahu bebas
dari kawalannya, apa lagi yang dapat anda lakukan?
Begitulah seksanya diminati. Siapa kata yang paling seksa adalah
apabila kita terlalu meminati? Terlalu diminati juga sangat
menyeksakan, bahkan boleh jadi lebih menyeksakan.
Saya teringat kisah Allahyarhamah Seha, sewaktu zaman
kegemilangannya sebagai penyanyi kumpulan �Freedom�, kata dia, �Ada
seorang lelaki tidak habis-habis menghantar bunga pada saya. Setiap
hari saya akan dapat sejambak bunga dari dia. Mula-mula saya rasa
seronok maklum dihargai peminat, lama-lama saya jadi takut dan susah
hati. Tak perlulah hantar bunga hari-hari. Bukan sedikit belanja tu.
Hantar sekali dua cukuplah.�
Sekarang ini mungkin SMS. Hari-hari anda menerima SMS daripadanya.
Setiap hari boleh tahan, boleh jadi setiap jam anda menerimanya, atau
setiap lima minit sekali. Biarpun SMS itu berbentuk kata-kata yang
puitis, mutiara kata mahupun sekadar bertanya khabar, kalau terlalu
kerap diterima, akan terganggu juga emosi.
SMS mungkin tidak sedahsyat call. Cuba bayangkan, orang yang anda
tidak minati langsung itu menelefon anda bertubi-tubi. Selagi anda
tidak mengangkat dan menjawab �Hello� untuknya, dia akan terus
menelefon dan menelefon. Husss, derita rasanya.
Apa panduan yang boleh anda lakukan tatkala terlalu diminati sedangkan anda sudah lemas akibat terlalu diminati itu?
- Relaks . Bertenang selalu. Minum air
banyak-banyak, tarik nafas dalam-dalam dan kata dalam hati, �Adalah
lebih baik terlalu diminati daripada terlalu dibenci.�
- Syukurilah. Meskipun rasa terdera, namun itulah
salah satu nikmat ALLAH yang diberikan untuk anda, tidak orang lain.
Berapa ramai manusia di muka bumi ini mahu dikagumi dan diminati,
tetapi anda yang mendapat. Syukurilah, sebab ia salah satu nikmati
ILAHI.
Berterus terang. Nyatakan, anda ingin bebas. Manusia biasa faham dan berfikir. Berterus terang adalah jalan terbaik untuk semua masalah.
No Comments »
Posted by: send-er in Motivasi
Oleh Dr. H.M.Tuah
Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi
cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup;
sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila
terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan
berkecai
Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari
sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di
sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih
gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang
baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih,
tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya
sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya
rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung.
Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia
diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini
terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan
kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa
selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang,
selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan
diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam
bandar.
Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani
dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan
menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu
untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali,
sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja
tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan. Orang yang hidup
dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan.
Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa
lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Maka
itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada
seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang
kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan
jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang.
Pada satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang
senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk
menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang
untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi
benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja
oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup
dalam ujian selalu bertambah kuat. Seorang gila selalunya tidak terurus
segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat.
Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang
dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang
nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan
orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran
sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan
menganggap cabaran melemahkan.
Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika
peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu
tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang
mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat
seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita,
semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi
harganya.
Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk itu ?
No Comments »
Posted by: send-er in My Story
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku. Membayangkan pahit manis berlaku, tiada siapa yang tahu.
Dan kisahmu yang masih panjang, menambahkan berat yang memandang. Lantas kau memendam di hatimu, biarlah rahsia…
Betapa berat mata memandang, berat lagi menggalas bebanan. Belum sempat menitis ke pipi, tangisanmu kering sendiri. Setiap langkah perjalananmu beronak dan berliku. Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur. di medan derita… merentasi ranjau kehidupan dengan harapan. Luahan rasa derita jiwa pada wajah, tiada rahsia …
No Comments »
Posted by: send-er in My Story
Astana Dugang lagi dan lagi.. Kata Kak Gee "eee..bosanla.." Kata kak Eja "cicak beso." Kata bro Chul "minum milo anda jadi sihat dan kuat.." Kata bro Fai "adik2 jgn tinggal solat.." hehee…
No Comments »
|