Archive for August, 2007

Jalur_gemilang

"Ya Allah Ya Tuhan kami,

ampunilah dosa kami,

jadikanlah kami warga yang bersyukur,

atas nikmat kemerdekaan ini,

di saat peperangan dan penjajahan di negara lain

dan moga nikmat kemerdekaan ini berpanjangan.

Rahmatilah negara kami Malaysia,

dan juga penduduknya,

agar diperelokkan akhlak kami,

supaya beroleh keredhaan dan keampunan-Mu"

50_1

Comments No Comments »

oleh Norakmal Jasni in: Motivasi Super Istimewa, Motivasi Istimewa

URL: http://motivasikejayaan.com/2007/07/12/bila-orang-say-no-kepada-anda/.html

Menjadi seorang usahawan memerlukan anda berusaha
lebih dari orang yang kerja makan gaji. Memerlukan anda melakukan tugas
kerani, pemasaran, audit, penyeliaan dan lain-lain seorang diri pada
mulanya. Menjadi seorang usahawan, menyaksikan anda akan menempuh lebih
dugaan dari orang biasa. Anda akan menempuh lebih banyak masalah
berbanding mereka yang lain.

Dan antara permasalahan yang paling besar pada awal penglibatan anda ialah apabila anda mendapat ceramah NO secara percuma )

Ceramah NO
‘Cubalah kau cari kerja lain. Kau ingat jadi usahawan tu senang?’
‘Sedarlah diri kau tu sikit. Orang kaya, yang mak bapak dia memang orang niaga pun belum tentu leh berjaya’
‘Kau ni berangan lebih. Berangan nak jadi kaya je…berangan la kau sampai sudah’
‘Toksah la berangan. Dalam keluarga kita tak ada sape pon yang pernah berniaga. Kau nak niaga?’
Dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri pun pernah hadapi. Jadi apa nak buat? Sebelum tu, jom kita lihat kenapa ini terjadi.

Sebab Musabab AL Kisahnya
Dari sudut minda - Anda sendiri pernah menanamkan
kenyataan-kenyataan negatif seperti semua orang akan menentang
keputusan anda. Kalau mengikut LOA, ia akan menyebabkan ia lebih cepat
terjadi!
Dari sudut kehidupan - Kemungkinan keluarga anda
amat risaukan anda. Ya, mereka mahukan anda bekerja dan mendapat
pendapatan tetap setiap bulan. Sedangkan anda? Mahukan cabaran yang
lebih susah setiap masa. Usahawan kan D
Dari sudut mentaliti - Masyarakat cenderung membangkang, daripada menggalakkan. D
Mungkin kerana pengalaman silam. Dan juga menaliti berfikir yang masih
lagi di saluti rasa makan suap tiap hujung bulan. Ketahuilah, rezeki
ada di mana2, tak semestinya hanya dengan makan suap D

JOm BrainStorm penyelesaiannya
Cuba anda latih diri anda untuk menghadapi situasi
ini. Jangan tak percaya, orang-orang yang terdekat dengan anda adalah
yang paling kuat akan bagi ceramah NO pada anda.
Kalau boleh, cakaplah elok2 pada mereka supaya
hormati keputusan anda. Anda cuma ada peluang hidup sekali atas bumi
ni, biarlah anda memilih jalan hidup sendiri, dan berilah sokongan. ‘
Mal, mereka akan kata : Kitorang makan garam dulu daripada kau.
Kitorang tau la apa yang terbaik.’ Jangan pula anda balas, Bill Gates
tu dulu macam mana, Lim Goh Tong tu dulu macam mana, Syed Bukhary tu
dulu macam mana. Nescaya mereka tak tahu. Unjurkan perkara yang mereka
tahu.
Kedua, cuba jauhkan diri daripada orang2 yang anda
tahu, akan sentiasa membangkang anda. Ini memberikan impak negatif
dalam diri anda. Menurunkan motivasi anda. Mungkin antara di sekeliling
anda berkata macam ni : ‘Kau sibuk usahawan. Tengok aku? Kerja gaji dah
1500 sebulan dah. Kau??’. Maka jangan jawab bahawa gaji anda unlimited,
semua orang tahu tu, tapi tak paham. Jadi katakan sesuatu yang orang
paham. Katakan padanya : ‘Alhamdulillah, moga2 lagi dua tahun dapat
naik jawatan pengurus.’ Mesti dia senyum2 , tanpa sedar anda menyuntik
jarum yang tajam D Sebab anda sebagai usahawan, dah jadi bos pon!
Ketiga, … saya masih belum dapat fikirkan. Anda
ada cadangan? Mari bersama2 brainstorm kerana saya yakin, ini masalah
utama sebahagian besar daripada kita. Malah termasuklah saya )
p.s : Anda rasa mampu tak saya kerja dari waktu
pagi dan balik lewat petang, malam update blog2, adsense2 ku, update
webb2 jualanku ( bakal release ), forum2ku…Dan hujung minggu
menghabiskan masa di kuliah2ku. Sabtu malam menyiapkan assigmentku.
Patutkah saya menerima cabaran ini? Apa kata surveyyyyyyyyyy )
Sampai jumpa lagi!

Comments 1 Comment »

Petua
Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada
hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar
motivasi Datuk Dr.
Haji Fadzilah Kamsah
.

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon
    keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap
    hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang
    positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
    merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  7. Program minda/cuci minda - Paling baik
    pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati
    "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian
    psaikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur
    sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
  8. Berpuasa- Sekiranya dalam berpuasa
    terhindar dari melakukan  perkara-perkara
    kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya
    hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan - jangan makan
    makanan yang subhat.
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut..dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

Comments 1 Comment »