Archive for November, 2008

Bacalah dengan nama Tuhan yg menciptakan (96:1)

Bacalah pada tulisan

Bacalah pada lukisan

Bacalah pada wajah insan

Bacalah pada semuanya.

Membaca bukan hanya pada tulisan berdakwat malah pada yg zahir di alam nyata, yg terkesan dek pancaindera.

Sebagai contoh, pendekar boleh membaca gerak lawan musuhnya. Begitu juga kita boleh membaca riak wajah seseorang apabila bercakap dengannya.

Selamat membaca :)

Comments No Comments »

Pandanglah dengan mata dan hati

Dengarlah dengan telinga dan hati

Fikirlah dengan otak dan hati

Kerana Itulah akal insani.

Comments No Comments »

Adikku muda remaja

Awasi bila melangkah

Wajahmu manis bak gula

Pasti ramai kan tergoda

Tidak dilarang kau bersuka

Asal tahu kan batasnya

Jangan sampai adik terlupa

Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah menaruh harapan

Agar kau berjaya di hari kemudian

Bila tiba waktu petang

Dari sekolah kau pulang

Bergalas buku di pinggang

Siapa lihat tertawan

Adik masih bersekolah

Awas segala dugaan

Adik kan ambil periksa

Agar senang masa depan

Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya

Serahkan selainnya kepada yang Esa

Bila adik telah berjaya

Abang kan turut gembira

Tapi andai sebaliknya

Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas

Bukan untuk selamanya

Di hati sematkan pesanan

Ingat abang tetap sayang

Comments No Comments »